Apple telah melancarkan model terbaharu mereka, iaitu iPhone 12 yang menjanjikan reka bentuk yang lebih unik dengan menampilkan teknologi 5G.

Peranti terbaharu iPhone 12 ini dilihat menjanjikan ciri-ciri yang lain dari yang lain, namun beberapa pengguna Apple tampil membuat dakwaan bahawa iPhone 12 kali ini adalah mirip iPhone 5.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Netizen di Twiiter kebanyakannya mengatakan bahawa mereka melihat peranti baharu ini sedikit kebelakang dan mempunyai ciri-ciri iPhone 5 – kecuali reka bentuk lengkung.

Dengan menggunakan meme ‘How it’s started, how it’s going’, pengguna Twitter dengan nama Beyninbedavası berkongsi foto iPhone 5 bersama-sama iPhone 12 yang baru.

Apa yang menariknya, hampir kebanyakan orang bercakap tentang perkara yang sama.

The Braid Goddess di laman Twitter, menyatakan dengan secara bergurau bahawa iPhone 12 adalah iPhone 5 yang baharu sahaja menamatkan sekolah menengah. Manakala Leslieee pula berkata, “Saya rasa iPhone 12 ‘LMFOAOAS’ sangat jelek, seperti iphone 5 tetapi lebih besar dengan 3 kamera.”

Ada pula sebahagian daripada netizen mempersoalkan Apple yang mengeluarkan reka bentuk iPhone 12 mirip dengan iPhone 5, “Adakah Apple baru sahaja mengeluarkan iPhone 5?”

Netizen lain pula menyebut model baru itu sebagai ‘iPhone 5 … remix’, sementara yang lain pula menulis, “Apple cuba menjual saya iPhone 5 tetapi dengan menukar namanya kepada iPhone 12 dan saya akan tetap membelinya.”

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook telah melancarkan iPhone 12 bersama-sama dengan iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Tim Cook juga mengesahkan bahawa model baru ini akan menjadi model pertama yang menampilkan teknologi 5G untuk iPhone, sambil mengatakan, “Generasi seterusnya ada di sini hari ini.”

Dari segi harga, iPhone 12 Mini hadir dengan harga RM3,399 manakala iPhone 12 ditawarkan pada harga RM3,899. Manakala model iPhone 12 Pro Max dengan storan 512GB ditawarkan pada harga RM6,699.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Apple iPhone 12 Disahkan Tidak Lagi Menawarkan ‘Charger’ Dan EarPods

4 Model Siri iPhone 12 Dilancarkan Apple Bermula Daripada RM3,399

Apa Yang Anda Boleh Jangkakan Buat iPhone 12 Yang Dilancarkan 14 Oktober Ini