Hujung minggu lalu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman telah mengeluarkan amaran kepada semua peminat motosikal Y15ZR atau Ysuku supaya tidak mengubahsuai motosikal mereka atau mereka akan disaman dan motositikal mereka boleh disita.

Ianya berikutan peningkatan kes lumba haram menggunakan motosikal jenis ini yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Sehubungan itu, Shuib Sepahtu antara yang kecewa dengan sikap segelintir pemilik Ysuku yang terlalu ghairah berlumba sehingga ‘membusukkan’ nama pemilik Ysuku yang lain.

Shuib Sepahtu meluahkan kekecewaannya di laman Instagram beliau. Namun, susun atur ayatnya nyata tidak disenangi oleh ‘mat motor’ sejati. Beliau menulis bahawa mereka (Shuib, Zizan dan artis lain) adalah pencetus fenomena Ysuku di Malaysia. Disebabkan mereka mula ‘main’, ramai yang ikut serta. Beliau turut menambah jika bukan keana mereka, bisnes bengkel yang dahulunya hampir lingkup sudah kembali aktif.

Ramai yang menulis komen di ruangan gambar tersebut menyatakan Shuib mengeluarkan kenyataan yang ‘syok sendiri’ kerana ubahsuai Ysuku ini bermula sejak motosikal Ysuku ini dilancarkan lagi. Cuma, apabila golongan selebriti turut serta, scene Ysuku semakin meriah dan diketahui ramai.

Selepas ditegur, Shuib menukar tulisan pada gambar berkenaan dengan ayat yang lebih neutral. Mungkin Shuib terlalu geram ketika menulis dan terlepas pandang tentang hal tersebut.

Namun, mesej penting yang Shuib mahu sampaikan sebenarnya adalah tidak semua pemilik Ysuku ubahsuai jentera mereka untuk berlumba. Mereka ubahsuai kerana minat. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Berikut adalah pautan berita mengenai amaran ubahsuai Ysuku oleh pihak polis. Jangan lakukan modifikasi melampau atau motosikal anda boleh kena sita.

PDRM Pantau Kebanjiran Ysuku Dengan Modifikasi Melampau

Gagal Samun Yamaha Y15ZR, Dua Lelaki Kini Diburu Pihak Polis