Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar menyaksikan 32 negara berentap untuk merebut gelaran juara dunia dalam acara bola sepak. Selain drama yang tercetus di atas padang dengan pemain dari negara Eropah mengkritik Qatar di atas eksploitasi pekerja asing, kontroversi lain turut terjadi di luar padang.

Terbaharu, video wartawan Israel dihalau oleh peminat dari timur tengah, terutamanya yang beragama Islam, semasa beliau membuat liputan di ruang legar stadium di sekitar acara Piala Dunia 2022 tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Video yang dimuat oleh seorang pengguna media sosial di laman Twitter telah mendapat reaksi pelbagai dari pengguna maya. Kebanyakan mereka merasa puas dengan apa yang dilakukan oleh penonton bola sepak di Qatar.

Dalam salah sebuah video, seorang lelaki memberitahu wartawan Israel tersebut bahawa tiada negara Israel, hanya ada negara Palestin. Lalu dia menjerit menghalau wartawan tersebut dengan kata-kata, “Ini Qatar, ini negara kita – anda tidak dialu-alukan di sini. Yang ada hanya Palestin. Tidak ada Israel,” katanya.

Sebahagian video pula menunjukkan bagaimana peminat bola sepak daripada beberapa negara seperti Morocco, Arab Saudi, Qatar atau Brazil menunjukkan solidariti kepada Palestin dengan mengelak daripada ditemuramah oleh wartawan Israel. Kebanyakan daripada mereka menolak untuk ditemuramah selepas mengetahui bahawa wartawan tersebut daripada Israel.

Seorang lagi wartawan Israel yang membuat liputan kejohanan itu – menceritakan pengalaman dilayan dengan teruk selepas dia mengaku bahawa dia dari Israel. Shechnik menyiarkan benang terperinci pada akaun Twitternya untuk menceritakan apa yang dia alami sepanjang kejohanan itu.

“Dengar, kami tidak mahu menulis perkara ini. Kami sentiasa menganggap bahawa kami, wartawan, bukan ceritanya,” tulisnya – bersama video yang menunjukkan reaksi yang diterima daripada peminat apabila dia memaklumkan kepada mereka bahawa dia adalah rakyat Israel. “Selepas sepuluh hari di Doha, adalah mustahil untuk tidak berkongsi dengan anda apa yang kami lalui di sini.”

Beliau kemudiannya memberitahu bagaimana rakyat Israel dibenci dan tidak dialu-alukan di negara tersebut. Tambah beliau lagi, dia mengharapkan layanan yang lebih baik dari peminat bola sepak kerana sukan ini dimainkan oleh semua lapisan masyarakat.