Masih ingat gorilla yang ditembak mati awal tahun ini? Bagi yang mungkin sudah lupa, Harambe adalah gorilla yang ditembak mati kerana kecuaian manusia. Ramai yang berpendapat tragedi yang terjadi kepada Harambe boleh dielak jika manusia lebih berhati-hati ketika berada di zoo.

Baca : Kecuaian Ibu Budak Ini Menyebabkan ‘Harambe’ Ditembak Mati

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, satu petisyen telah dibuat memujuk pihak Nintento dan Niantic untuk memasukkan Harambe sebagai salah satu watak dalam Pokemon Go. Setakat ini, sudah lebih 38,000 orang telah menandatangani petisyen tersebut di change.org.

Petisyen itu bermula dua hari lalu oleh Eric CreamyMemes dan petisyen itu mahukan Nintendo dan The Pokemon Company untuk menghidupkan Harambe kembali dalam surat yang sangat singkat tetapi deep ini.

Harambe

Petisyen ini turut memuat naik mock-up character untuk Harambe jika ianya berada dalam Pokemon. Bermula sebagai Hambo dan berakhir dengan Harambe. Design awal watak ini adalah dari watak unofficial Pokemon; Simayan dan Monkezuma.

Harambe wu

Hbe 1

hbe 2

Ini adalah salah satu tribute yang baik untuk Harambe. Moga-moga Niantic dan Nintendo mengambil berat petisyen ini dan menjadikan watak ini kenyataan. #JusticeForHarambe

Sumber