Pernah dengar permainan video, Counter-Strike?

Kami pasti ramai di antara pembaca The Vocket terutamanya kaki kafe siber, pernah bermain atau sekurang-kurangnya mendengar nama permainan video di atas.

Permainan video ini melibatkan dua pasukan (pengganas dan anti-pengganas) yang ditugaskan untuk menyelesaikan misi mereka dan menghapuskan pasukan lawan.

Konsep permainan yang sama diguna pakai untuk sukan rekreasi Paintball dan Laser tag.

Yang terkini, ia bakal muncul secara realiti maya. Permainan video ini menggunakan smartphone dan boleh dimainkan di lokasi terbuka seperti sekitar bandaraya Kuala Lumpur!

Permainan video yang menggunakan teknologi augmented reality ini dibangunkan oleh Proxy42 Inc.

Mari kita saksikan teaser permainan video Counter-Strike alaf baru ini!

Amacam? Jom cuba!

Like page The Vocket di Facebook

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤