Drama Hotel Del Luna merupakan drama Korea yang baru sahaja tamat semalam dan trending di Twitter berikutan episod akhirnya yang tampil dengan pelbagai kejutan.

Bagi yang mengikuti drama ini, filem ini mengisahkan tentang Jang Man Wol yang merupakan pemilik Hotel Del Luna dan dia telah melakukan kesalahan besar pada masa lalu dan terikat dengan hotel tersebut.

c8160e87-bd3e-40c0-9ea8-b283fe6210df
HYPE
Mudahnya Memindah Data Daripada Peranti Lama Ke HUAWEI nova 7i!
Baca lagi →

Hotel Del Luna merupakan hotel yang kelihatan biasa dimata manusia tetapi sebuah hotel mewah untuk hantu. Jika anda tidak pernah menonton drama ini, anda bolehlah menonton ia kerana anda akan terhibur.

Lantaran itu, ada pengguna Twitter yang mengatakan bahawa Hotel De Luna kini sudah ‘berpindah’ dan berada di Malaysia. Malah, boleh dikatakan rata-rata netizen turut mula bergurau mengatakan jika hotel tersebut dibuka, mereka ingin menjadi pengurus di situ.

Selain itu, rata-rata netizen juga berharap dapat berjumpa dengan Jang Man Wol di situ. Nampaknya drama Hotel Del Luna ini betul-betul disukai ramai orang, mungkin disebabkan oleh plot ceritanya yang tidak masuk akal dan menarik. Pasti ini merupakan satu promosi yang baik juga untuk Hotel De Luna yang bakal dibuka di Kuala Lumpur ini.

Setelah hotel ini dibuka, adakah anda akan pergi untuk menginap di sana? Klik pautan di bawah untuk baca artikel yang lebih menarik.

Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah

Anda Mungkin Suka