Drama Hotel Del Luna merupakan drama Korea yang baru sahaja tamat semalam dan trending di Twitter berikutan episod akhirnya yang tampil dengan pelbagai kejutan.
Bagi yang mengikuti drama ini, filem ini mengisahkan tentang Jang Man Wol yang merupakan pemilik Hotel Del Luna dan dia telah melakukan kesalahan besar pada masa lalu dan terikat dengan hotel tersebut.
Props to the editing team of #HotelDelLuna #HotelBlueMoon because they really made these amazing edits with the cinematography 🙌🏻😲
I wish there’s a real hotel like this for the dead 🤣 pic.twitter.com/oSjSOnKZXN
— hotel del luna enthusiast (@iconickdramas) September 1, 2019
Hotel Del Luna merupakan hotel yang kelihatan biasa dimata manusia tetapi sebuah hotel mewah untuk hantu. Jika anda tidak pernah menonton drama ini, anda bolehlah menonton ia kerana anda akan terhibur.
Lantaran itu, ada pengguna Twitter yang mengatakan bahawa Hotel De Luna kini sudah ‘berpindah’ dan berada di Malaysia. Malah, boleh dikatakan rata-rata netizen turut mula bergurau mengatakan jika hotel tersebut dibuka, mereka ingin menjadi pengurus di situ.
#HotelDelLuna reality at Malaysia🇲🇾. I want apply work as manager at this hotel.. Hope Jang Man Weol will be there https://t.co/jWpTV7r0os
— Muhammad Aidil (@aidilselangor10) September 2, 2019
Cuba try apply mana tahu blh jdi manager hantu kepada hantu😂😂😂
— real_jiah🌹Loey 💫🙆🎓 (@oohaerin) September 2, 2019
Selain itu, rata-rata netizen juga berharap dapat berjumpa dengan Jang Man Wol di situ. Nampaknya drama Hotel Del Luna ini betul-betul disukai ramai orang, mungkin disebabkan oleh plot ceritanya yang tidak masuk akal dan menarik. Pasti ini merupakan satu promosi yang baik juga untuk Hotel De Luna yang bakal dibuka di Kuala Lumpur ini.
Setelah hotel ini dibuka, adakah anda akan pergi untuk menginap di sana? Klik pautan di bawah untuk baca artikel yang lebih menarik.
Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia
5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC