Susulan tularnya rakaman suara Amber Heard mengaku memukul Johnny Depp, satu petisyen telah dibuat oleh peminat supaya Amber Heard digugurkan daripada filem Aquaman 2.

Petisyen yang dibuat di Change.org pada ketika ini sudah menerima hampir 200,000 sokongan daripada peminat dari seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peminat tidak mahu Amber Heard ‘terlepas’ begitu sahaja. Jika Johnny Depp digugurkan daripada produksi hebat seperti Pirates Of The Caribbean kerana kes keganasan rumah tangga ini, mereka juga mahu Amber menerima ‘hukuman’ yang sama.

Amber sebelum ini turut mempunyai sejarah keganasan lampau terhadap kekasihnya yang menguatkan lagi tuduhan Johnny Depp pernah menjadi mangsa dera Amber. Amber dan Johnny kini sedang dalam perbicaraan kes saman USD50 juta (~RM206 juta) yang dikemukakan oleh Johnny bagi membersihkan namanya.

Petition ini turut dihantar kepada Courney Simmons dan Paul McGuire, pegawai komunikasi di DC Warner dan Warner Bros. Entertainment. Filem Aquaman 2 bakal memulakan penggambaran akhir tahun ini dan akan ditayangkan di pawagam pada 16 Disember 2022.

Untuk mendengar rakaman audio antara Johnny Depp dan Amber Heard, klik pada artikel di bawah. Anda bersama Johnny Depp atau Amber Heard dalam kes ini?

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Johnny Depp Mempunyai Rakaman CCTV Bukti Kekerasan Amber Heard

Johnny Depp Digugurkan Oleh Disney Untuk Filem Terbaru ‘Pirates Of The Caribbean’

Sumber