Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Satu teori konspirasi telah tercetus di Indonesia dengan menyatakan bahawa Ahmad Dhani versi sekarang adalah ‘Ahmad Dhani palsu’.

Ahmad Dhani telah menjadi tumpuan ramai sejak pilihan raya pada 2014, beliau telah berubah secara 100% dan telah menimbulkan rasa janggal dengan perubahan sifat yang ditonjolkan oleh beliau.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Dalam satu ciapan dilaman Twitter, @arieoz menyebut Ahmad Dhani yang sekarang bukanlah Ahmad Dhani yang sebenar. Ia cuma mirip dan pura-pura menjadi Ahmad Dhani. Sementara, Ahmad Dhani yang asli sudah hilang atau meninggal dunia seperti satu hantaran yang pernah diperdebatkan di laman Kaskus pada 2014.

Sejak pertengahan 2000-an, Ahmad Dhani dilihat aktif berpolik dan lagu-lagunya juga sejak itu dilihat kurang mendapat sambutan di kalangan para peminat.

Teori ini timbul dengan alasan bahawa sejak keluarnya album Laskar Cinta pada 2004, hidup Ahmad Dhani mula berubah – isterinya, Maia Estianty dilaporkan curang pada 2006, Dhani menghilangkan diri beberapa bulan pada 2007 dan akhirnya bercerai pada 2008.

Dia kemudian muncul dengan versi lain daripada yang lain. Teori ini turut menyatakan gaya baharu rambut Ahmad Dhani juga dilihat bukan seperti dahulu. Lebih mengejutkan apabila mereka menyatakan bahawa tahi lalat di alat kelamin Ahmad Dhani juga hilang sejak beliau muncul setelah lama menghilangkan diri pada 2007.

Teori ini juga menyatakan bahawa Ari Lasso tahu bahawa Ahmad Dhani akan digantikan dengan ‘Ahmad Dhani palsu’ dan beliau memutuskan untuk keluar dari Dewa 19  dengan menggunakan alasan dadah kerana tidak mahu terpalit.

Tetapi teori ini telah dinafikan oleh Ahmad Dhani sendiri ketika ditanya oleh Detik. Beliau menyatakan bahawa orang yang membuat teori ini pendek akal, “Dari kenyataan yang keluar sahaja sudah membuktikan bahawa ini keluar dari otak-otak yang tumpul.”

Sebenarnya, ini bukan pertama kali artis di sana terpalit dengan teori konspirasi. Terdahulu, Agnez Mo pernah dituduh sebagai anggota Illuminati setelah beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat.

Buat anda yang belum mendengar single terbaharu Nastia, sila klik pautan di bawah.

Nastia Tampil Dengan Single Terbaharu Tanpamu

Anda Mungkin Suka