Miss Grand International merupakan satu pertandingan kecantikan antarabangsa yang telah diadakan sejak tahun 2013. Apabila sebut pertandingan peringkat antarabangsa mestilah peserta mewakili negara mereka.

Untuk pengetahuan anda, Miss Grand Malaysia diwakili oleh Mel Dequanne Abar dan telah memakai pakaian yang mengetengahkan ciri-ciri wayang kulit. Apa yang tidak enak didengar adalah apabila ada peminat yang mendakwa pakaian tersebut adalah hak milik budaya Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian di page Facebook Miss Grand Malaysia, jelas mengatakan bahawa pakaian yang dikenakan adalah diadaptasi daripada Hikayat Seri Rama yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu di Kedah dan Kelantan. Hikayat Seri Rama adalah cerita yang berasal dari Siam.

Berikutan itu, berlaku sedikit pendebatan dalam kalangan netizen kerana ada yang mendakwa pakaian yang bercirikan wayang kulit itu telah disahkan oleh UNESCO menyatakan bahawa ia hak milik budaya Indonesia.

Screenshot 2019-10-09 at 11.21.55 AM

https://twitter.com/Kath09927895/status/1181602900839034880

Isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak dan mereka telah berdebat mengenai hal ini. Akan tetapi, ada juga yang tidak melenting dan mengatakan bahawa Malaysia dan Indonesia serumpun dan tidak mustahil berkongsi sedikit sebanyak budaya berikutan penembungan budaya.

https://twitter.com/sepzaphora/status/1181658517284933632

Apa pandangan anda mengenai isu ini? Tidak silap kami, pertandingan Miss Grand International 2019 ini akan berlangsung pada hari esok.

Sebelum ini, hal yang sama turut terjadi di Mister Global 2019. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Peminat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Kebangsaan Peserta Malaysia Di Mister Global 2019

Kerana ‘Malaysian Rendang’ Laman Twitter Tottenham Hotspurs Diserang Peminat Indonesia

Animasi Dari Indonesia Tiru Upin Dan Ipin?