Tidak banyak peminat kelab Eropah yang berani sepert ini. Kelab bolasepak Celtic F.C berdepan denda dari badan bolasepak UEFA selepas peminat memegang bendera Palestine ketika kelab itu berdepan dengan kelab dari Israel, Hapoel Beer Sheva untuk kelayakan Champions League.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Ini merupakan kali kesembilan penyokong kelab Celtic itu melanggar peraturan kesatuan bolasepak Eropah. Mereka berbuat demikian adalah sebagai tanda sokongan kepada negara Palestine dan menolak negara Israel.

UEFA tidak membenarkan sebarang ekspresi berbentuk politikal dan tindakan mengibarkan bendera Palestine itu dianggap provocatif terhadap pihak lawan.

celtic 2

Polis Scotland awal-awal lagi sudah mengeluarkan amaran kepada peminat Celtic supaya tidak membuat perkara-perkara yang boleh mengundang kontroversi ketika playoff pertama mereka atau mereka boleh ditangkap.Tetapi nampaknya penyokong tidak mengendahkan nasihat pihak polis itu.

Ini bukan pertama kali peminat Celtic mengibar bendera Palestine. Sebelum ini beliau telah membuat perkara yang sama pada tahun 2014 ketika menentang kelab KR Reykjavik. Buat masa ini mereka mungkin didenda atau berdepan perlawanan tanpa penonton.

Celtic menang 5-2 dalam perlawanan menentang Hapoel Beer Sheva ini. Apapun, tindakan peminat Celtic ini sungguh berani dan menunjukkan masih ramai yang menyokong negara Palestine. Viva la Palestine!

celtic 3

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group