Peminat-peminat kereta Honda sudah cukup kenal dengan jenama Mugen daripada Jepun ini. Jika tiada kit aksesori Mugen, umpama tidak ‘lengkaplah’ kereta perang Honda mereka.

Baru-baru ini ada seorang lelaki telah menawarkan beberapa aksesori daripada Mugen berharga mencecah RM45,000. Aksesori tersebut terdiri daripada rotor, brake pad dan kaliper.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga yang ditawarkan membuatkan ramai peminat kereta Honda terkejut kerana agak ‘keras’ bagi mereka.

Ada yang menyamakan harga tersebut sama seperti sebuah kereta. Bahkan ada yang bergurau mahu berkongsi duit di antara rakan dan bergilir-gilir menggunakan aksesori Mugen tersebut.

vocket-mugen-rm45k-5
Sumber Gambar: Facebook Group V-Tec Only
vocket-mugen-rm45k-9
Sumber Gambar: Facebook Group V-Tec Only
vocket-mugen-rm45k-11
Sumber Gambar: Facebook Group V-Tec Only

Menurut penjual aksesori Mugen ini, harga yang ditawarkan agak mahal kerana dia mendapatkan aksesori tersebut pada harga yang agak tinggi juga.

Tambahnya lagi, aksesori tersebut adalah original sama seperti yang tunjukkan pada laman web Mugen.

Bahkan, ramai juga peminat kereta Honda yang lain mengesahkan harga aksesori-aksesori original keluaran Mugen memang agak ‘keras’ atas sebab kualiti dan jenamanya.

vocket-mugen-rm45k-6
Sumber Gambar: Facebook Group V-Tec Only
vocket-mugen-rm45k-7
Sumber Gambar: Facebook Group V-Tec Only
vocket-mugen-rm45k-8
Sumber Gambar: Facebook Group V-Tec Only
vocket-mugen-rm45k-10
Sumber Gambar: Facebook Group V-Tec Only

Mugen Motorsports merupakan sebuah syarikat aksesori dan modifikasi yang fokus pada kereta Honda. Ia ditubuhkan oleh Hirotoshi Honda, anak kepada pengasas Honda Motor Company iaitu Soichiro Honda.

Jika anda seorang peminat kereta, adakah anda sanggup mengeluarkan wang berpuluh ribu ringgit untuk ‘make up’ kenderaan anda? Kongsikan pendapat anda melalui pautan di bawah.

Pada pertengahan bulan April lalu, orang ramai mendakwa ada kedai motosikal menaikkan harga Y16ZR sehingga RM13,000.

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Lelaki Ini Mendadak Kaya, Jual Video Animasi Berdurasi 10 Saat Pada Harga RM26 Juta