Setiap orang mahukan kenderaan sendiri yang lebih nampak ‘menonjol’ berbanding orang lain. Tidak kira kereta yang kita miliki itu buatan tempatan ataupun luar negara.

Jika anda mempunyai ‘duit lebih’ untuk make up kereta Proton Inspira, apa yang anda akan buat? Selalunya orang ramai akan memilih untuk convert kereta tersebut menjadi Mitsubishi Evo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi berbeza dengan pemilik Proton Inspira ini apabila sebuah kedai bodykit telah berjaya mengubah keretanya menjadi seakan-akan sebuah model kereta Proton baru yang mempunyai ‘sentuhan’ reka bentuk daripada luar negara.

Dua gambar penuh reka bentuk terbaru Proton Inspira yang dikongsikan telah mendapat perhatian seluruh pengguna media sosial. Rata-rata ramai yang kagum dan memuji hasil kerja kedai bodykit itu.

Ramai orang seperti tidak percaya apabila sekali pandang, pada bahagian hadapan kereta Proton Inspira itu ada ‘iras-iras’ beberapa buah kereta buatan luar negara seperti Holden Commodore VXR dan Subaru WRX STI.

Padanan warna dan body kit yang direka khas memang ‘ngam’ pada Proton Inspira ini. Jadi memang tidak terkejut melihat pelbagai komen-komen positif dan sokongan moral yang dikongsikan oleh para netizen.

vocket-proton-inspira-body-kit-sd-concept-1
Sumber Gambar: Facebook SD Aerodynamics Automobile Design
vocket-proton-inspira-body-kit-sd-concept-2
Sumber Gambar: Facebook SD Aerodynamics Automobile Design
vocket-proton-inspira-body-kit-sd-concept-3
Sumber Gambar: Instagram Vocket Car Club

Menurut kedai body kit tersebut, reka bentuk Proton Inspira tersebut telah dibuat melalui satu program yang dikenali sebagai ‘Custom Design Programme’ (CDP). Melalui program ini, mereka akan membuat reka bentuk body kit untuk kenderaan anda mengikut kesesuaian bajet yang anda ada.

Menerusi hasil carian The Vocket, kami dapati kedai ini telah membuat pelbagai custom body kit untuk kereta buatan tempatan dan luar negara seperti Proton Iriz, Proton Suprimas S, Proton X70, Perodua Myvi, Toyota Yaris, Honda City, Honda CRZ dan pelbagai model lagi.

Jika anda mempunyai ‘duit poket lebih’ dan berminat untuk mendapatkan khidmat ubah suai body kit untuk kereta anda, bolehlah berhubung dengan wakil kedai tersebut di Facebook Page rasmi mereka.

Seorang ‘private collector’ Malaysia berjaya mendapatkan sebuah kereta Bugatti edisi terhad setelah dipilih oleh syarikat itu.

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta

Netizen ‘Serang’ Kedai Tawar Servis Reset Mileage Kereta Semurah RM150

Tidak Sampai 24 Jam Menang Mitsubishi Evo, Kereta Lelaki Ini Hancur Terlibat Kemalangan