Sejak penampilan pertama dalam siri tv The Incredible Hulk, editor dan penulis legenda Marvel Stan Lee telah membuat 57 penampilan khas dalam universe Marvel. Ini termasuklah penampilan khas dalam permainan video, kartun dan filem Marvel Cinematic Universe (MCU).

Selepas beliau meninggal dunia pada 12 November lalu, tidak akan ada lagi penampilan khas daripada Stan Lee selepas ini. Peminat menerusi laman Reddit mahukan Deadpool mengambil tempat Stan Lee dalam membuat penampilan khas dalam MCU.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya mungkin satu idea yang menarik dan ramai yang teruja dengan idea berkenaan. Namun ada juga yang beranggapan ianya tidak perlu dan agak ‘pelik’ untuk dilaksanakan. Jika beliau membuat penampilan khas untuk filem Guardians Of The Galaxy, mungkin agak sukar untuk menceritakan bagaimana beliau boleh terlepas berada di angkasa lepas.

stannn

Namun dikhabarkan Marvel Studios sudah bersedia dengan pemergian Stan Lee dan sudah pun merakam penampilan khas Stan Lee untuk beberapa filem MCU yang akan datang. Yang pasti, Stan Lee akan muncul dalam Avengers 4 dan juga Captain Marvel.

Marvel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara ini dan pada pandangan anda, adakah perlu Deadpool menggantikan Stan Lee? Ada atau tidak, rasanya peminat terima sahaja dengan hati terbuka.