Pastinya anda pernah melihat filem animasi Little Mermaid sebelum ini. Baru-baru ini, Disney telah mengumumkan Halle Bailey akan memegang watak utama sebagai Ariel dalam filem live action Little Mermaid.

Pasti ada yang teruja akan berita filem remake Little Mermaid dalam versi live action ini. Walau bagaimanapun, barisan pelakon yang akan menyertai filem live action ini masih belum diketahui.

Malah, dalam filem Little Mermaid terdapat watak Chef Louis dan kebanyakan warganet beranggapan watak chef tersebut sesuai dibawa oleh Chef Gordon Ramsay. Jika anda pernah menonton Ramsay’s Kitchen Nightmares, pastinya anda tahu perwatakan beliau yang tegas dan panas baran ketika di dapur.

Bagi peminat filem ini, kebanyakan mereka menginginkan Gordon Ramsay memegang watak tersebut dan berharap Disney akan merealisasikan cadangan mereka. Bagi mereka, Gordon Ramsay merupakan calon paling tepat untuk membawa watak Chef Louis yang panas baran itu.

Apa pendapat anda dengan cadangan warganet yang lain? Adakah anda bersetuju dan yakin bahawa perwatakan Gordon Ramsay seiring dengan perwatakan Chef Louis?

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →