Filem paling ditunggu-tunggu tahun ini, Avengers: Infinity War akan berada di pawagam pada hujung bulan ini. Jika kita semua bergembira menantikan tayangan filem ini, berita kurang gembira muncul untuk peminat Marvel di Indonesia.

Menurut portal Kompas, filem Infinity War akan ditayangkan selama 149 minit sahaja; kurang 7 minit daripada durasi asal filem ini iaitu 156 minit. 7 minit bukan masa yang sedikit tetapi ianya tetap dipotong lembaga penapisan filem Indonesia (LSF).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alasan di sebalik potongan babak adalah untuk filem ini lulus segmen tayangan 13 tahun ke atas, adegan ‘yang melampau’ (ganas) perlu dipotong. Jika perlu perbandingan, filem The Raid dari Indonesia jauh lebih ganas jika perlu dibandingkan dengan mana-mana filem Marvel.

Tidak dapat dipastikan bahagian mana yang akan dipotong di dalam Infinity War nanti dan harap-harap Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak memotong mana-mana bahagian dalam Infinity War kerana setiap saat begitu berharga.

Baca: Marvel Sahkan Akan Ada Watak Avengers Terbunuh Dalam ‘Infinity War’