Sejak dua tahun lalu Marvel menjanjikan pelancaran sebuah permainan video kepada peminatnya. Menerusi sebuah sidang media dan pengumuman di media sosial, lain pula reaksi daripada peminat. Ternyata reaksi orang ramai lebih ke arah negatif dan kecewa dengan ‘rupa’ watak Avengers yang mereka sayangi.

Kekecewaan yang disuarakan mendapati orang ramai tidak begitu bersetuju dengan kualiti rekaan grafik karakter Avengers. Menurut mereka, rekaan karakter terkini menampakkan karakter hebat itu kelihatan terlalu comel dan tidak menampakkan kesan eksklusif seorang adiwira. Malah ada yang membuat perbandingan ‘reality vs expectation’.

Ada sebab mengapa wajah sebenar setiap watak Avengers versi Marvel Cinematic Universe (MCU) tidak digunakan untuk versi permainan video. Antarnya ialah hak imej. Pihak SquareEnix dan Marvel semestinya perlu membuat bayaran khas jika mahu menggunakan wajah Robert Downey Jr, Chris Evans dan pelakon Avengers yang lain untu permainan video ini. Jadi, ianya lebih ‘jimat’ jika tidak menggunakan wajah selebriti dan buat wajah baharu untuk para Avengers versi game.

Mungkin setelah menilai semula komen daripada orang ramai, Marvel dan Square Enix mungkin membuat sedikit perubahan untuk menarik semula minat orang ramai. Berikut kami sertakan trailer permainan video tersebut.

Ketika di expo E3 yang sedang berlangsung di Los Angeles, permainan video Cyberpunk 2077 adalah yang paling mengujakan peminat kerana kemunculan khas Keanu Reeves dalam game tersebut. Nampaknya kali ini, Avengers kalah terus dengan ‘John Wick’.