Ramai peminat Marvel yang sudah menonton Avengers: Endgame April lepas yang tidak berpuas hati dengan pengorbanan beberapa watak. Antara yang memberi kesan mendalam terhadap emosi penonton ialah pengorbanan Tony Stark atau lebih dikenali sebagai Iron Man.

ignnow-ironmanblogroll-1554235830250

Percaya atau tidak kini sebuah petisyen telah dikemukakan oleh peminat di laman web Change.org. Sehingga kini petisyen “BRING TONY STARK BACK TO LIFE” sudah menghampiri 30,000 penyertaan.

Adakah anda akan menyertai sebahagian daripada peminat yang menandatangani petisyen untuk mengembalikan Mr. Stark?