Menjadi tradisi Marvel Studios untuk memperlihatkan ‘barang baharu’ mereka sewaktu berlangsungnya Super Bowl, acara sukar terbesar di Amerika Syarikat.

Marvel Studios berkongsikan trailer terkini Doctor Strange in The Multiverse Of Madness, antara filem terbesar mereka untuk tahun 2022 yang akan ditayangkan pada 6 Mei depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas anda menonton filem Spider-Man: No Way Home, anda pasti sudah tahu kebolehan Doctor Strange untuk membuka portal ke multiverse; dunia dengan pelbagai variant watak Marvel dan anda telah menyaksikannya dalam No Way Home di mana 3 Spider-Man berganding tenaga untuk menewaskan musuh mereka.

Apa yang mengujakan adalah Marvel Studios meninggalkan pelbagai hint yang membuatkan peminat berfikir tentang segala kemungkinan yang ada termasuklah Marvel Studios memperkenalkan siri X-Men dalam Doctor Strange 2.

https://twitter.com/amurkymuc/status/1493002373605646341

Walaupun hanya mengucapkan satu rangkap dialog, peminat sudah boleh jangka ia milik Patrick Stewart, pelakon yang membawa watak Professor X dalam siri X-Men.

Tidak terhenti di situ, mereka turut membuat andaian pakatan yang dianggotai Professor X dan Doctor strange, Illuminati juga akan diperkenalkan dalam siri inin nanti.

Dalam versi komik, Namor, Tony Stark (Superior Iron Man), Reed Richards (Fantastic Four), Black Bolt (Inhumans), Doctor Strange dan Professor X adalah ahli Illuminati di mana setiap ahli mewakili puak serta mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing.

Banyak lagi teori lain yang sedang berlegar di media sosial antaranya Maria Rambeau sebagai Captain Marvel, perisai Captain Carter, Ultron Bots mengesahkan adanya Superior Stark, 4 jenis Doctor Strange dan banyak lagi.

Semua teori ini akan disahkan dalam filem Doctor Strange in The Multiverse Of Madness. Masih lewat untuk menanti bulan Mei jadi sementara menunggu, inilah masanya untuk anda menonton siri WandaVision, What If, Loki dan lain-lain di Disney+ untuk lebih memahami dunia multiverse.

Bila anda tonton WandaVision, baru anda akan faham kenapa Wanda bakal jadi antara watak terhebat dalam MCU, What If untuk tahu kenapa wujudnya pelbagai bentuk Doctor Strange dan Loki untuk tahu kenapa adanya variant dalam dunia MCU.

Marvel Studios bijak dalam merangka apa yang akan muncul dalam dunia MCU dan ini beberapa hint yang mereka ‘tanam’ yang mungkin kita tidak perasan dalam filem Marvel sebelum ini.

Marvel Secara Senyap Sudah Beri ‘Hint’ Kewujudan Watak X-Men Sejak 2013 Lagi

Marvel Sudah Rancang Kehadiran Spider-Man Ke MCU Sejak Filem Iron Man Yang Pertama

Marvel Studios Kongsi Semula Semua ‘End Credit’ Filem MCU