Baru-baru ini, budaya ‘prank’ makin menjadi ikutan segelintir YouTuber dan isu tersebut menjadi perhatian netizen. Malah, ada juga yang sanggup muat naik ‘prank’ tangkap basah semata-mata mahu meraih ‘viewer’ yang tinggi.

Menerusi Instastory milik Mr Kokom, dirinya berkongsi permintaan peminat yang mahukan Mr Kokom hasilkan konten ‘prank’. Akan tetapi, Mr Kokom menegaskan tidak akan menghasilkan konten seperti itu kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Mr Kokom turut meminta maaf kepada peminatnya kerana tidak dapat menghasilkan konten yang ‘trending’ itu dan tetap akan hadir dengan konten yang berkualiti. Pendirian tegas Mr Kokom mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen memuji sikap Mr Kokom yang mahu terus menghasilkan karya berkualiti.

https://twitter.com/hazimhalimmmm/status/1452911772151664642?s=21

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan YouTuber seperti ini yang seharusnya disokong bukannya sebaliknya. Malah, ada juga netizen berkongsi beberapa YouTube Channel yang berkualiti untuk tontonan ramai.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan ‘prank’ yang berlaku baru-baru ini pada pautan di bawah.

Dakwa Sekadar Hiburan, ‘Prank’ Tangkap Basah Kumpulan YouTuber Ini Undang Kerisauan Netizen

Acah Tampar Wanita Di Pasar Raya, Tindakan YouTuber Ini Sedang Dikesan Pihak Polis

Netizen Terkejut Bagaimana Perkongsian Jijik Oleh Fauzi Nawawi Ini Lulus Untuk Siaran Umum