Rachel Chong seorang peminat hidangan nasi ayam di Singapura akui terkesan dengan sekatan eksport selepas Malaysia mengurangkan jumlah ayam yang boleh dihantar ke negara itu, lapor The Asean Post.

“Hidangan itu adalah nombor satu dalam senarai [kegemaran] saya. Nasi ayam adalah makanan kegemaran saya dan mudah diakses,” katanya sambil menambah bahawa satu hidangan nasi ayam di gerai Ah Keat, tempat dia biasa menikmati hidangan tersebut pada berharga S$4.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi kebanyakan rakyat Singapura, sepinggan ayam panggang atau ayam rebus terletak di atas timbunan nasi yang lebih gebu adalah hidangan kegemaran atau ia sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan.

“Pada pendapat saya, Singapura tidak boleh kehabisan nasi ayam. Ia seperti tiada pizza di New York,” kata seorang penjaga gerai.

Sebelum ini, India mengenakan larangan eksport gandum dan menyekat penjualan gula. Sementara itu, Indonesia telah mengharamkan eksport minyak sawit, tetapi larangan itu telah ditarik balik.

Siri tindakan ini pastinya menimbulkan kebimbangan bagi negara yang bergantung kepada import makanan, seperti Singapura. Negara ini dilaporkan mengimport lebih daripada 90% produk makanannya dari luar negara.

Bagi ayam, Malaysia adalah tunjang utama. Kira-kira satu pertiga daripada semua ayam yang dimakan oleh rakyat Singapura berasal dari negara jiran. Ayam-ayam tersebut dihantar hidup-hidup dari Malaysia, di mana ia disembelih, dimasak dan dihidangkan di Singapura.

Situasi ini tidak lagi menjadi kebiasaan setelah kerajaan Malaysia menyekat eksport ayam “sehingga harga domestik dan pengeluaran stabil”.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, menjawab dengan berkata: “Kali ini ayam, pada masa hadapan sesuatu yang lain. Kita perlu bersedia untuk ini.”

Sejurus selepas berita sekatan eksport disiarkan, barisan di gerai nasi ayam mula memanjang.

Bagaimanapun, Lim Wei Keat, pemilik gerai Nasi Ayam Ah Keat, enggan menaikkan harga walaupun pembekal ayam dari Malaysia menaikkan kos tambahan sehingga 20%. Keadaan ini turut berjangkit dengan perang Rusia – Ukraine yang memberi kesan kepada harga bahan api dan makanan yang berasaskan jagung.

“Kami tidak mahu menaikkan harga nasi ayam kerana pelanggan boleh lari. Mungkin kami boleh tahan harganya selama lebih kurang sebulan. Jika keadaan menjadi lebih teruk, kami terpaksa menaikkan harga sebanyak 50 sen setiap hidangan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Lim juga bimbang dengan bekalan ayam yang tidak mencukupi dalam beberapa hari akan datang. Untuk mengatasinya, dia mungkin perlu menggunakan ayam sejuk beku yang kurang disukai pelanggan.

“Persepsi makanan sejuk beku ialah ia berbau seperti peti ais atau mempunyai tekstur yang berbeza. Tetapi secara jujur, saya tidak fikir terdapat perbezaan yang besar. Kami makan ayam di restoran [makanan segera] dan rasanya cukup enak. ”

Bagi penjual ayam di pasaran, pilihan memang terhad. Hamid bin Buang telah menjual ayam di pasar basah Singapura selama lebih sedekad.

Menurutnya, pelanggan semakin banyak membeli daging ayam sejak kebelakangan ini. Tetapi kini dia merancang untuk menutup gerainya sehingga Malaysia menarik balik sekatan eksport – walaupun tidak jelas berapa lama.

“Semua orang bimbang. Semuanya sukar apabila tiada ayam,” katanya.

Benarkah Singapura negara paling ‘perfect’ di dunia? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Benarkah Singapura Negara Paling ‘Perfect’ Di Dunia?

Malaysia Henti Eksport Ayam, Rakyat Singapura Panik Dan Jual Hidangan KFC Mencecah RM3.8 Juta

Singapura Adalah Tanah Melayu, Kata Pendakwah Indonesia Selepas Dilarang Masuk Ke Negara Itu