Peminat permainan video pasti sudah tidak asing lagi dengan nama Felix Kjellberg atau lebih dikenali sebagai PewDiePie. Pasti anda juga tahu mengenai persaingan sengit jumlah subscribers PewDiePie dan syarikat rakaman lagu terkenal di India, T-Series.

Setakat ini PewDiePie mempunyai melebihi 69 juta subscribers manakala T-Series mengejar rapat dengan subscribers seramai 68 juta. Bagi mengelakkan T-Series merampas kedudukan sebagai raja YouTube, peminat PewDiePie di Utara Carolina sanggup menyewa papan iklan untuk menagih sokongan daripada pengguna YouTube yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

pewdiepie-youtube-most-popular

Bukan itu sahaja, pengguna YouTube di Bangladesh juga menunjukkan sokongan padu kepada PewDiePie berbanding T-Series dengan menampal poster di sepanjang jalan.

web-pewdiepie-mirpur-road-courtesy-1541164506575

PewDiePie pada mulanya tidak menunjukkan kerisauan mengenai persaingan tersebut tetapi tweet beliau baru-baru ini mula menunjukkan kerisauannya. Setakat ini jumlah tontonan video di T-Series jauh meninggalkan jumlah tontonan video milik PewDiePie.

https://twitter.com/pewdiepie/status/1056546644957806593
pewdtseries

Anda lebih banyak menonton video di T-Series atau PewDiePie?