Sebelum ini, Lee Kwang Soo telah mengumumkan pengunduran dirinya dalam rancangan Running Man dan episod terakhirnya bersama Running Man akan disiarkan pada 13 Jun 2021.

Terbaharu, sebuah sedutan episod terakhir Lee Kwang Soo dalam Running Man telah tular di media sosial dan video tersebut mendapat perhatian netizen terutama sekali peminat Running Man.

Menerusi sedutan episod tersebut, dapat dilihat wajah Lee Kwang Soo yang sedih ketika cuba membaca surat dan para ahli Running Man yang lain seperti Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Haha, Jae Suk, Suk Jin, So Min dan Se Chan turut kelihatan sedih.

Lantaran itu, rata-rata netizen yang menyaksikan sedutan episod akan datang Running Man masih belum lagi bersedia untuk melepaskan Lee Kwang Soo. Malah, para netizen turut berkongsi bagaimana kehadiran Lee Kwang Soo dalam rancangan Running Man sejak 11 tahun lalu membahagiakan hari-hari mereka.

https://twitter.com/fridhnm/status/1401517043992588290

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan rancangan Running Man tidak akan sama tanpa lawak bersahaja daripada Lee Kwang Soo. Adakah anda sudah bersedia untuk menyaksikan episod terakhir Lee Kwang Soo bersama Running Man pada Ahad ini?

Bagi anda yang tidak tahu, Lee Kwang Soo membuat keputusan untuk keluar dari Running Man kerana beliau yang terlibat kemalangan kereta pada tahun lalu kerap menerima terapi fizikal dan sukar untuk mengekalkan keadaan fizikal terbaik ketika rakaman Running Man.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan keputusan Lee Kwang Soo untuk meninggalkan Running Man pada pautan di bawah ini.

Selepas 11 Tahun, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man Buat Para Peminat Sedih

Selepas BlackPink, Running Man Pula ‘Diserang’ Netizen Dari China