Kemenangan Manchester United (MU) ke atas Liverpool baru-baru ini umpama memberi sinar harapan baharu terhadap peminat ‘The Red Devils’ dari seluruh dunia.

Baru-baru ini tular satu kompilasi video di media sosial menunjukkan kenderaan dibawa pemain MU untuk menghadiri sesi latihan sebagai persiapan menentang Southampton yang bakal berlangsung pada jam 7.30 petang hari ini.

Kelihatan sekumpulan para penyokong berlegaran di tepi jalan sambil merakam setiap kereta-kereta yang keluar dari pusat latihan tersebut.

Pemain terawal yang dirakam oleh para peminat, semestinya kapten MU yang sentiasa dikenang oleh para peminat kelab itu, Harry Maguire menaiki sebuah Range Rover.

Manakala beberapa pemain lain pula, Raphael Varane keluar dari pusat latihan dengan Bentley Continental GT, Cristiano Ronaldo (Bentley Flying Spur), Diogo Dalot (Mercedes-AMG G63), Christian Erikson (Porsche 911), Marcus Rashford (Mercedes-AMG A45S) dan David de Gea yang memandu Porsche Cayenne.

Dalam banyak-banyak kenderaan mewah yang dibawa oleh para pemain, kelibat penolong pengurus kelab MU, Mitchell van der Gaag, paling menonjol dan menarik perhatian sekali kerana dia dirakam memandu sebuah Lamborghini Huracan EVO berwarna matte black.

Video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat kelab MU kerana ramai yang terkejut berapakah jumlah bayaran yang diterima oleh penolong pengurus kelab itu sehingga mampu memandu Lamborghini yang harganya bermula sekitar RM1.15 juta itu.

Dalam pada itu, ramai yang memuji Christian Erikson dan Tom Heaton kerana sudi memberhentikan kenderaan serta meluangkan sedikit masa untuk melayan peminat mereka yang mahu mendapatkan tandatangan sambil menangkap gambar bersama sebagai kenang-kenangan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lalu Cristiano Ronaldo dilihat memandu Bentley Flying Spur buat pertama kalinya ke pusat latihan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Cristiano Ronaldo Dilihat Memandu Kereta Mewah Bentley Bernilai RM1.4 Juta Ke Pusat Latihan

Bugatti Milik Cristiano Ronaldo Bernilai Hampir RM10 Juta Terlibat Kemalangan Sewaktu Percutiannya

Anak Ben Affleck Langgar BMW Ketika Dia Sibuk ‘Cuci Mata’ Lihat Kereta Sewa Mewah