Nama Sharifah Shahirah memang tidak asing lagi di dalam industri hiburan tanah air. Ada sahaja celoteh dia kongsikan pada Instagram miliknya yang menjadi bahan gelak ketawa followers yang sudah mencecah 1.3 juta.

Baru-baru ini Sharifah Shahirah telah berkongsi satu video di mana dia keluar memakai topi keledar berwarna pink dan hanya berselipar memandu sebuah sportcar yang menurutnya mahu keluar beli belacan. Sehingga kini video tersebut telah mencecah lebih 563,000 tontonan.

“Nak beli belacan pun susah. Kenapalah kereta ini mahal-mahal tapi susah? Wiper tak ada, aircond tak ada, pintu tak ada, bumbung tak ada. Apa pun tak ada. Lalat ada, nyamuk ada. Denggilah,” itu antara celoteh yang dikongsikan oleh Sharifah Shahirah semasa mahu menaiki sportcar model Lotus 311 (disebut three-eleven).

Kereta sportcar tanpa bumbung dan pintu ini bernilai sekitar RM640,855 tidak termasuk kos-kos yang lain. Difahamkan Lotus mengeluarkan model ini terhad kepada 311 unit sahaja dan hanya ada 2 unit yang sudah berdaftar di Malaysia.

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan komen-komen netizen yang terhibur dengan telatah Sharifah Shahirah dan dalam masa yang sama mereka kagum melihat dia boleh memandu kereta tersebut dengan baik walaupun dia sudah lama tidak bawa kereta manual.

vocket-sharifah-shahirah-lotus-311-8

vocket-sharifah-shahirah-lotus-311-4

vocket-sharifah-shahirah-lotus-311-5

Sekiranya anda perasan pada bahagian sisi kiri dan kanan kereta terdapat pelekat yang tertulis ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’. Kereta Lotus 311 ini telah digunakan sebagai ‘kereta marketing’ untuk sebuah filem romantik komedi arahan Jefry Talib dibintangi Syafie Naswip dan Sweet Qismina.

Untuk pengetahuan anda, kereta Lotus 311 ini sebenarnya milik pengarah filem romantik komedi yang akan ditayangkan pada 18 Februari ini melalui siaran Astro First. Anda boleh lihat info lebih lanjut di Facebook dan Instagram ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’.

Apa pun, kami tabik Sharifah Shahirah yang tenang ketika memandu kereta ini. Pergi kedai beli belacan itu mungkin sekadar jenaka di depan kamera.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada minggu ini melalui pautan di bawah.

‘Frontliners’ Hilangkan Rasa Penat Dengan Minta Kereta ‘Tarik’ Selepas Pemeriksaan Di Pos Kawalan

Lelaki Ini Kongsi 12 Panduan Penting Sebelum Anda ‘Lenjan’ Kereta Ketika Pandu Uji

MILDEF Buktikan Syarikat Tempatan Mampu Hasilkan Kereta Berperisai Bertaraf Antarabangsa

Anda Mungkin Suka