Baru sahaja ditayangkan 6 jam yang lalu, siri ULTRA GALAXY FIGHT: THE ABSOLUTE CONSPIRACY episod kedua sudah menjadi buat mulut peminat Ultraman terutamanya peminat dari negara nusantara.

Dalam episod ini, Ultraman Great dan Ultraman Powered ditugaskan untuk melatih Ultraman Ribut supaya bersedia untuk menghadapi raksasa yang bakal mereka hadapi kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam mencari kekuatan dalamannya, Ultraman Ribut mula membuka bunga silat dan seterusnya berjaya menumpaskan Ultraman Great dan Ultraman Powered yang lebih senior.

Mini-Series baharu keluaran Tsuburaya Productions ini hadir dengan episod baharu setiap minggu berkisarkan Galaxy Resque Force, pasukan yang menjaga alam angkasa daripada penjahat.

Keterujaan peminat sebenarnya berasas kerana menurut direktor mini-series ini, Kiochi Sakamoto berkata cara Ultraman Ribut Bertarung adalah sangat unik. Beliau mahu menggabungkan aksi akrobatik dan silat ketika Ribut bertarung dalam siri ini.

Ultraman Ribut membuat kemunculan rasminya pada tahun 2015 dalam rancangan animasi Upin & Ipin. Dari siri Upin & Ipin lagi Ultraman Ribut telah mempamerkan aksi akrobatik dan juga seni pencak silat.

Anda boleh mengikuti siri Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy di sini. Nampak gaya Ultraman Ribut merupakan antara watak utama dalam siri ini. Jadi, tunggu setiap hari Ahad untuk episod baharu setiap minggu!

Ini pula kisah bagaimana Ultraman Ribut dapat muncul dalam siri Upin & Ipin. Baca pada pautan di bawah.

Tuah ‘Partner’ Perlekeh Upin & Ipin, Haji Burhanuddin Kongsi Perjalanan Terhasilnya Ultraman Ribut

10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia