Ultraman Ribut yang pertama kali muncul dalam siri Upin & Ipin kini semakin popular dalam kalangan peminat Ultraman.

Namun apa yang menarik berdasarkan perkongsian ahli Ultraman Maniac di Facebook, Ultraman Ribut akan muncul dalam bentuk ‘human form’ dalam siri Ultraman Trigger sekitar bulan November nanti. Ultraman Trigger: New Generation Tiga merupakan karya terkini daripada Tsuburaya Productions bagi menyambut ulang tahun Ultraman Tiga yang ke-25.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar tersebut adalah dari keratan majalah Televi-Kun October 2021 dan ini adalah penampilan rasmi human form Ultraman Ribut yang akan dilakonkan pelakon Jepun, Tsuchiya Shinba.

Apa yang menarik perhatian peminat Ultraman di nusantara adalah penggunaan samping songket untuk gambar promosi pertama Ultraman Ribut dalam majalah tersebut. Ia tidaklah dipadankan sepenuhnya dengan persalinan baju Melayu tetapi digayakan secara fusion dengan vest dan baju lengan panjang berwarna putih.

Selepas silat, ini merupakan elemen nusantara lain yang diterapkan untuk watak Ultraman Ribut. Adakah persalinan ini akan muncul dalam siri Ultraman Trigger nanti atau sekadar gambar untuk promosi? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum ini, Ultraman Ribut sudah menjadi watak utama dalam siri Ultra Galaxy Fight dan aksinya bersilat mendapat perhatian ramai. Baca lagi pada pautan di bawah.

Peminat Terpegun Dengan Aksi Pencak Silat Ultraman Ribut Dalam Ultra Galaxy Fight

Tuah ‘Partner’ Perlekeh Upin & Ipin, Haji Burhanuddin Kongsi Perjalanan Terhasilnya Ultraman Ribut

Yamaha ‘Ultraman’ Y15ZR Edisi Terhad Bakal Dijual Dengan Harga RM12,688