Train To Busan yang dinobat filem zombi terbaik dari Korea Selatan pernah menjadi fenomena di seluruh dunia ketika ditayangkan pada tahun 2016. Disebabkan kejayaannya, produksi di Amerika Syarikat melihat ia adalah satu idea yang baik untuk menghasilkan semula filem ini versi Hollywood.

Pengarah filem dari Indonesia, Timo Tjahjanto dilaporkan bakal menjadi pengarah Train To Busan versi Hollywood ini nanti. Timo merupakan nama besar dalam industri filem seram di Indonesia dan Train To Busan bakal membuka jalan buat beliau untuk lebih dikenali di pentas antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, tidak semua peminat bersetuju dengan projek Train To Busan ini. Karya masterpiece arahan Sang-Ho Yeon ini sudah sangat baik dan versi remake ini nanti besar kemungkinan tidak dapat menyaingi versi asal.

https://twitter.com/HailMother/status/1432031487231250441

“Train To Busan tidak memerlukan adaptasi semula. Ia sebuah filem yang unik dan jangan rosakkannya!” antara komen peminat.

Pun begitu, ada yang menyokong projek ini dan berkata jangan pandang rendah kemampuan Timo. Filem arahan beliau berada di level yang tersendiri dan Timo mampu beri sesuatu yang mengejutkan kepada penonton; sama seperti apa yang dibuatnya dalam filem arahannya sebelum ini.

Pengarah filem terkemuka, James Wan akan bertindak sebagai producer dan filem ini masih lagi dalam fasa perbincangan mencari penulis dan para pelakon.

Suka atau tidak, jika tiada halangan filem ini tetap akan dihasilkan dan diberi nafas baharu. Sama-sama kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Peninsula merupakan karya sekuel Train to Busan dan seorang pelakon dari Malaysia turut terlibat dalam filem ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kemunculan Pelakon Malaysia Dalam Filem Sekuel ‘Train To Busan’ Buat Netizen Teruja

Trailer Baharu Peninsula Papar Kepayahan Hidup Selepas Tragedi Train To Busan

7 Destinasi Menarik Yang Buatkan Busan Digelar ‘Hidden Gem’ Korea