Sebuah berita yang mengejutkan orang ramai pada akhir bulan April ini apabila pihak Bank Negara Malaysia mengumumkan peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang menjalankan penangguhan pembayaran selama enam bulan bakal dikenakan faedah bermula 1 Mei 2020.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, para peminjam bakal menerima notis mengenai pemberitahuan proses penangguhan pembayaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
http___com.ft.imagepublish.upp-prod-us.s3.amazonaws (1).v1
Sumber: Financial Times

Melalui perkongsian daripada pihak BNM, para peminjam nampaknya mempunyai beberapa pilihan mengikut keadaan kewangan masing-masing dimana perkara ini bakal dimaklumkan oleh pihak bank secara terperinci kepada para peminjam seawal esok. Berikut merupakan antara pilihan yang tersedia buat para peminjam.

1. Membayar penangguhan terkumpul secara penuh pada bulan Oktober

Individu yang memilih pilihan ini perlu membuat pembayaran secara penuh atau lump sum pada bulan Oktober ini iaitu sebulan selepas moratorium berakhir. Tiada sebarang pertambahan faedah dikenakan manakala pengesahan penerimaan masih diperlukan pihak bank.

2. Meneruskan penagguhan pembiayaan selama 6 bulan dan bayar faedah sahaja

Individu yang memilih pilihan ini tidak perlu membayar ansuran bulanan selama 6 bulan sebaliknya bayaran faedah masih lagi dikenakan. Kadar faedah yang dikenakan bakal dicaj berdasarkan jumlah amaun tertangguh. Pengesahan penerimaan daripada pihak bank turut diperlukan.

3. Membayar pembiayaan seperti biasa

Buat anda yang berkemampuan dan memilih pilihan ini, anda tidak memerlukan pengesahan penerimaan daripada pihak bank sebaliknya cuma perlu membayar pembiayaan seperti biasa.

Pengumuman yang dibuat ini jelas mengejutkan pelbagai pihak selepas pihak BNM baru sahaja mengumumkan penangguhan pembayaran ini sekitar sebulan yang lalu yang berkuat kuasa 1 April 2020.

Difahamkan langkah untuk mengenakan faedah kepada para peminjam ini dibuat bagi menjamin institusi bank terus beroperasi serta mengelakkan daripada pihak bank terjejas dengan teruk berikutan tekanan ekonomi. Anda boleh klik di sini untuk bacaan lanjut mengenai pengumuman terbaru pihak BNM.

Kami kongsikan juga pengumuman pihak BNM pada 25 Mac lalu mengenai inisiatif penangguhan pembayaran selama enam bulan dalam meringankan beban sempena musim wabak COVID-19.

BNM Umum Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Secara Automatik Selama Enam Bulan

Transaksi Wang Melebihi RM25,000 Perlu Dilaporkan Ke BNM Bermula Hari Ini

Sumber