Anda bercadang nak mohon visa ke US? Mungkin berita ini bakal buat anda pening kepala beberapa hari.

Pengurusan di bawah Trump baru saja meluluskan syarat dan penambahan soalan questionnaire bagi mereka yang memohon visa ke Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak kedutaan Amerika Syarikat kini akan meminta maklumat kesemua akaun media sosial, nombor telefon, nombor passport dan alamat emel yang digunakan pemohon visa US sejak 5 tahun yang lalu. Sejarah perjalanan, pekerjaan danĀ  alamat tempat tinggal pemohon sejak 15 tahun yang lalu juga akan diminta.

Syarat baru yang diluluskan pada 23 Mei 2017 ini merupakan sebahagian daripada implementasi yang dilakukan oleh Trump yang menjanjikan kawalan keselamatan yang lebih ketat ke atas warga Amerika Syarikat sewaktu kempen pemilihan presiden pada tahun lepas.

Baca: Mark Zuckerberg Kritik Dan Ingatkan Trump Tentang Sejarah Amerika

“Pegawai bertugas dibenarkan meminta pemohon visa menyediakan maklumat tersebut bagi pengesahan identiti dan menjalankan tapisan keselamatan yang lebih ketat,” ujar pegawai Jabatan Negara pada rabu lepas.

Walaupun soalan-soalan baru ini adalah secara sukarela, kegagalan menyediakan maklumat yang diminta boleh melambatkan atau menghalang proses permohonan visa individu terlibat.

Sebelum ini, Kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Trump telah mengenakan sekatan melarang membawa masuk ke dalam kabin kapal terbang peranti elektronik lebih besar daripada telefon pintar termasuk komputer riba, tablet, e-reader, kamera, pemain DVD mudah alih, dan peranti permainan tangan yang bersaiz lebih besar daripada telefon pintar.

Sekatan ini meliputi sesiapa saja yang terbang masuk ke US daripada negara Timur Tengah termasuk Jordan, Qatar, Kuwait, Morocco, United Arab Emirates, Arab Saudi, Mesir dan Turki.

Jadi sebelum anda memohon visa ke US, cuba-cuba lah ingat balik. Adakah anda pernah buka akaun Facebook lain di zaman kanak-kanak riang dan meninggalkan komen nakal di mana-mana satu ketika dulu?

Baca lagi: Donald Trump Desak Haram Muslim Masuk Amerika Syarikat

Sumber