Bermula dengan menghasilkan telefon pintar mampu milik, jenama Xiaomi nampaknya terus berkembang dari segi rangkaian produk daripada menghasilkan pengetip kuku sehinggalah kepada penawaran GoKart edisi Lamborghini.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda sebuah lagi produk yang mungkin berbaloi untuk kegunaan di rumah serta ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu pemotong rambut daripada Xiaomi yang ditawarkan di bawah jenama Enchen.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Berbeza dengan pemotong rambut mudah alih yang dikuasakan menggunakan bateri AA atau AAA, Xiaomi Enchen Boost hadir dengan pengecasan berasaskan USB. Dalam erti kata lain, pengguna tidak lagi perlu menukar bateri untuk terus menggunakannya.

c115d1d06f442c84b4c3077e7d33cfb9

Xiaomi Enchen Boost

ede8390720c4bcbd36eae6275da763f7

Xiaomi Enchen Hummingbird

Dua model ditawarkan Xiaomi buat pemotong rambut keluaran mereka terdiri daripada model Enchen Boost dan Enchen Hummingbird dimana masing-masing ditawarkan dengan harga sekitar RM20 dan RM39.90. Apa yang membezakan dua model ini adalah Xiaomi Enchen Hummingbird hadir dengan lebih banyak mata pemotong.

Buat anda yang berminat untuk mulai berjinak memotong rambut sendiri atau mungkin ahli keluarga di rumah, Xiaomi Enchen antara model yang boleh dipilih melihatkan harganya yang mampu milik dan praktikal. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya menerusi Lazada dan Shopee. Selamat mencuba!

Xiaomi Mi 10 Ultra baru-baru ini berjaya muncul sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik menurut DxOMark.

Xiaomi Mi 10 Ultra Muncul Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Menurut DxOMark

Xiaomi Mi Smart Band 5 Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM169

Anda Mungkin Suka