Pada hari semalam tular beberapa rakaman video menunjukkan seorang pemuda memukul lelaki warga emas di atas jalan raya. Selepas kejadian itu disedari oleh penduduk setempat, orang ramai segera meleraikan tindakan pemuda itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim menyatakan lelaki berusia 23 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 61 tahun tampil membuat laporan, kira-kira pukul 2 petang semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siasatan awal mendapati mangsa yang juga pesara swasta memandu bersama isteri dan cucunya menuju ke Putrajaya pukul 12 tengah hari. Ketika mangsa membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang Yamaha Y15 dipercayai menjerit dan memarahinya.

@

♬ –

“Mangsa kemudian berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran, namun suspek terus menendang dada kirinya.

“Suspek kemudian duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka dan kepala bertubi-tubi hingga menyebabkan bengkak bawah mata serta kepala selain sakit di rusuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Penunggang motosikal itu akan direman esok bagi membantu siasatan.

“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada Aziz di talian 018-9124770,” katanya.

Penjelasan Chef Ammar mengenai caj tambahan dikenakan bagi pelanggan yang mahu take away telah mengundang pertikaian netizen. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pertikai Kena Bayar Untuk ‘Take Away’, Chef Ammar Jelaskan Sebab Caj Tambahan Dikenakan

Lebih Setahun Lif Rosak, Respon Tidak Masuk Akal RapidKL Terhadap Golongan OKU Buat Netizen Berang

Kena Marah Dengan Polis, JSPT Minta Penunggang Motosikal Tidak Ikut Belakang Pasukan Kecemasan

Sumber