Ketika dalam talian semuanya indah belaka tetapi keindahan itu hanya bersifat sementara bagi pemuda ini. Dalam video yang tular di Indonesia, seorang pemuda sanggup menunggang motosikal dari Riau ke Padang Panjang sejauh 236km untuk bertemu dengan gadis yang dikenalinya menerusi Mobile Legends.

Setibanya beliau ke lokasi, beliau diberitahu bahawa gadis berkenaan tidak mahu bertemunya dan mengusir pemuda itu pulang. Penduduk tempatan yang prihatin dilihat menghulurkan teh o ais kepada lelaki tersebut untuk bantu menenangkan beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CSdvNgwn6dT/

Lelaki berkenaan kelihatan sangat berharap untuk bertemu gadis yang beliau temui di Mobile Legends. Namun kata-kata yang diberikan oleh perakam video berkenaan boleh dijadikan nasihat buat semua.

“Kasihan juga. Anak ini dari Riau mahu menemui pacar (kekasih) di Pekan Panjang. Istigfar. Masih banyak cewek (gadis) lain di luar sana. Jangan jadi sedih begini,” katanya.

Apa yang terjadi kepada pemuda ini dharap dapat dijadikan iktibar supaya jangan taasub dengan permainan dalam talian. Berhati-hatilah.

Sebelum ini, seorang gadis sanggup menjual motosikal milik bapanya untuk beli tiket penerbangan untuk bertemu kekasih yang juga ditemui secara dalam talian. Baca lagi pada pautan di bawah.

Anak Sanggup Jual Motosikal Bapa Demi Beli Tiket Penerbangan Jumpa Kekasih ‘Online Game’

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya

‘Humble’ Dan Menghiburkan, Ini Sebabnya Soloz Berjaya Menjadi ‘Streamer’ Paling Popular Malaysia