Siapa sahaja yang tidak mengenali Elon Musk, pengasas kereta elektrik jenama Tesla dan individu yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai manusia paling terkaya di dunia.

Kehebatan Elon Musk dalam menghasilkan kereta bagi jenama Tesla sememangnya tidak dapat dinafikan. Namun selain Elon Musk, pernah atau tidak anda terbaca kisah seorang pemuda di Ghana yang mahir mencipta kereta dengan hanya menggunakan bahan-bahan logam terbuang?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemuda yang dimaksudkan mahu dikenali sebagai Kelvin dan kejiranan setempat menggelarnya sebagai ‘Elon Musk of Ghana’. Walaupun kehidupan di Ghana sangat daif serta serba kekurangan, namun keadaan itu bukanlah satu alasan untuk Kelvin tidak berjaya dalam bidang kejuruteraan automotif.

Menerusi perkongsian video oleh YouTuber Nas Daily, Kelvin sejak berumur 10 tahun sudahpun berjaya mencipta robot, vakum serta kapal terbang permain yang diperbuat daripada bahan terbuang.

Kelvin juga dimaklumkan tidak bersekolah dan dia hanya belajar secara sendiri untuk mendalami ilmu automotif ini menerusi pemerhatian serta penilitian cara pembuatan kereta di kedai kereka.

“Saya akui bahawa saya amat minat dalam bidang pembuatan enjin ini. Namun disebabkan faktor kewangan, saya tidak mampu untuk bersekolah di sekolah kejuruteraan.

“Segalanya saya belajar sendiri termasuk cara bagaimana untuk menghasilkan kereta,” ujar Kelvin menerusi video berkenaan.

Difahamkan, selama 4 tahun, Kelvin ulang-alik ke kedai kereta untuk mendalami ilmu automotif kereta. Apabila sudah faham mengenai kereta, dia kemudiannya mencari bahan logam yang terbuang di kawasan tempat pelupusan sampah, lokasi pembinaan serta di lain-lain tempat.

“Namun tidak semua bahan terbuang boleh ditemui, maksud saya enjinnya yang terpaksa saya beli walaupun harganya jauh lebih mahal daripada kemampuan pendapatan saya sekeluarga.

“Demi melaksanakan impian ini, saya mengambil upah berkerja sambilan sebagai buruh binaan demi mengumpul wang untuk membeli enjin kereta terpakai untuk kereta saya.

Akhirnya, Kelvin berjaya menghasilkan sebuah kereta seakan-akan Tesla dan pintu terangkat persis kereta Ferrari dengan kos sebanyak $3,000 (+- RM12,000). Seperti Elon Musk yang mencipta kereta elektrik untuk Tesla, begitulah juga dengan Kelvin yang bercita-cita untuk mencipta kereta elektrik berjenama syarikatnya sendiri satu hari nanti.

Berharap kisah Kelvin ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua. Baca lagi artikel menarik mengenai automotif menerusi klik pada pautan di bawah.

Pelajar Dari Palestin Cipta Kereta Solar Bagi Mengatasi Masalah Kekurangan Minyak

Lelaki Ini Cipta Kereta Kebal Yang Boleh Menghantar Buku Percuma

Geram Dengan Kesesakan Lalu Lintas, Lelaki Ini Cipta Helikopter Buatan Sendiri

 

 

Sumber