Mulai dilancarkan pada pertengahan zaman 80-an, motosikal keluaran Yamaha iaitu RX-Z masih lagi mengumpul jumlah peminat yang ramai sehingga kini.

Motosikal yang terkenal di kalangan peminat enjin dua lejang ini walau bagaimanapun telah ditamatkan pengeluarannya oleh Yamaha sejak dari tahun 2011 lagi sekaligus membuatkan model ini menjadi rebutan peminat yang melabelnya sebagai rare.

Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang pemuda mengiklankan Yamaha RX-Z yang sebelum ini dijual dengan harga kurang daripada RM15,000 mengikut tahun kini dijual kembali dalam keadaan new old stock (NOS) dengan harga mencecah RM70,000.

101408366_121067712938786_8251362397365731328_o
Sumber: tuan putera amirul

Harga yang ditawarkan nyata mengejutkan ramai peminat lama RX-Z sekaligus mengundang kecaman berikutan harga yang dikatakan tidak masuk akal.

Dalam usaha untuk ‘menjernihkan’ keadaan, penjual Yamaha RX-Z bernilai RM70,000 ini tampil dengan memuat naik sebuah video bagi menjelaskan mengapa model ‘rare’ ini hadir dengan tanda harga yang tinggi. Menerusi perkongsian video yang dibuat, pemuda ini menjelaskan harga tinggi yang ditawarkan berikutan komponen-komponen RX-Z yang mahal.

Menurut beliau, harga tempat duduk RX-Z kini mampu mencapai sehingga RM5,000, manakala coverset sahaja sudah mencapai RM15,000. Beberapa komponen lain seperti ekzos dan meter RX-Z masing-masing telah mencapai RM2,000 dan RM3,500.

Harga yang disebutkan bagi komponen-komponen RX-Z ini sekali lagi mengejutkan peminat RX-Z yang membandingkan harga yang ditawarkan dengan harga yang boleh didapat terus daripada kedai-kedai yang menawarkan sparepart original RX-Z.

98447651_121067596272131_4819582630490013696_o
Sumber: tuan putera amirul
99159504_121067646272126_1596311688905228288_o
Sumber: tuan putera amirul

Difahamkan penjual ini sudah menerima tawaran daripada seorang pembeli yang sudi membeli dengan harga RM55,000 namun beliau masih menanti pembeli yang sanggup mendapatkan jentera ini dengan harga RM70,000.

Sebagai perbandingan, harga Yamaha RX-Z pernah mengejutkan orang ramai sebelum ini selepas ditawarkan sehingga RM35,000 pada tahun 2017. Melihat kepada keadaan semasa, harga bagi model ini seolah masih belum mencapai harga siling selepas model yang dikatakan rare ini kini diiklankan dengan harga mencecah RM70,000.

Sebelum ini tular sebuah kancil unik versi ‘cabriolet’ yang ditawarkan dengan harga serendah RM2,000. Ketahui lebih lanjut mengapa model ini sedia dilepaskan dengan harga yang rendah.

Kancil ‘Cabriolet’ Di Klang Ini Sedia Dijual Dengan Harga Serendah RM2,000

5 Tip Asas Penjagaan Kereta Sempena Musim PKP

Usia Bukan Penghalang Wak Bakar ‘Bela’ Motosikal Klasik