Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika tidak mula, sesiapa pun tidak tahu mereka boleh berjaya. Perniagaan yang pada mulanya hanya kecil-kecilan kemudiannya besar sehingga mencecah jualan 7 angka!

Itulah yang dilalui oleh Mohamad Shazarul Ismail, pengasas jenama Eng’s Popcorn yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

‘Budak Pasar’ dengan cita-cita besar

Shazarul bukanlah berasal dari keluarga berada. Beliau merupakan anak ke-5 dari 8 orang adik beradik dan semangat untuk belajar tentang bidang perniagaan itu bermula ketika bekerja sebagai pekerja pasar di Batu Pahat selepas tamat SPM. Shazarul bekerja mengupas bawang seawal sebelum subuh lagi dan selepas itu menguruskan kedai pakciknya pula demi membantu keluarga selepas pemergian arwah ayah beliau.

Shazarul kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam bidang automotif di Pekan, Pahang. Namun disebabkan masalah kewangan, keluarga, beliau tidak dapat menamatkan pengajiannya dalam bidang automotif.

Shazarul kembali bekerja di pasar tetapi kerana niat mahu membantu keluarga, Shazarul terdetik untuk mula berniaga snek yang mudah untuk dinikmati pada bila-bila masa, popcorn. Pada tahun 2017, beliau mula menjual secara kecil-kecilan di sekitar rumah.

Mulanya mendapat permintaan daripada jiran, kemudiannya ‘merebak’ ke satu kampung, kemudiannya ke satu bandar Batu Pahat dan kini di seluruh negara!

Asal usul nama Eng’s Popcorn

Selain rasanya, salah satu sebab kejayaan Eng’s Popcorn adalah kerana nama produk itu sendiri. Mana datangnya nama ‘Eng’ sedangkan nama penuh pengasasnya adalah Mohamad Shazarul Ismail?

Engs merupakan nama panggilan arwah bapanya. Moyang kepada Shazarul berketurunan cina dan tidak mahir menyebut nama penuh bapanya. Jadi, beliau memberi nama panggilan Engs kepada arwah bapanya.

Siapa sangka nama panggilan tersebut membawa tuah sehingga menjadi salah satu jenama popcorn ternama di Malaysia! Menurut Shazarul, beliau memilih nama tersebut sebagai penghargaan kepada pengorbanan arwah bapanya dalam membesarkan mereka sekeluarga.

Keunikan Eng’s Popcorn

product 4

Sekali dengar nama Eng’s Popcorn, ramai yang akan ingat ia dimiliki oleh orang bukan Islam tetapi ia sebenarnya 100% perniagaan Muslim Bumiputera dan dijamin halal. Selain halal, ada sebab mengapa Eng’s Popcorn ini sentiasa laris di pasaran.

Eng’s Popcorn ini dimasak segar setiap hari dan apa yang diterima oleh stokis adalah stok baru. Tiada istilah ‘simpan lama’ kerana demand untuk popcorn ini sentiasa ada dan semakin bertambah.

Eng’s Popcorn menggunakan Premium South African Mushroom Popcorn Kernel, jadi rasa popcorn akan jadi lebih rangup dan premium. Setiap popcorn juga disalut penuh dengan karamel untuk kepuasan pembeli. Warna pada popcorn ini juga original tanpa sebarang pewarna tambahan digunakan. Nampak cantik dalam balang itu cumalah warna asal karamel!

Struggle memulakan bisnes

Setiap bisnes pasti ada permulaan dan setiap permulaan pasti ada pahit getirnya. Berdasarkan perkongsian Shazarul awal-awal dahulu, dapat jual sebalang pun sudah sangat seronok dan sanggup buat penghantaran ‘tidak masuk akal’ kerana excited ada pembeli.

“Pengalaman tak boleh saya lupakan masa awal-awal berniaga Eng’s Popcorn memang banyak. Orang tempah sebalang dua saya sanggup hantar sejauh 50km. Ulang alik sahaja dan 100km. Itu customer order sebalang, harga RM18 sahaja.

“Tapi mula-mula tu tak rasa penat hantar jauh. Cuma seronok ada orang support bisnes kita. Paling seronok bila orang kata popcorn kita sedap walaupun itu resipi yang dahulu. Makin lama berniaga, kita improve penggunaan bahan dan resipi sehinggalah apa yang ada di pasaran sekarang ini,” kata Shazarul.

Sebelum mempunyai stokis, beliau mula berniaga dengan meletakkan Eng’s Popcorn di kedai makan. “Pada mulanya memang segan nak tanya kedai-kedai makan untuk letak produk kita, tapi perlu berani hadapi rejection. Cara saya, saya akan berikan ‘tester’ dahulu kepada tuan kedai dan kalau mereka berminat, baru saya akan tumpang letak Eng’s Popcorn di situ. Alhamdulillah cara saya tu berhasil dan dalam 30 kedai yang support bisnes saya.

“Tapi kena ingat saya letak Eng’s Popcorn ni secara consignment; bila habis baru saya dapat hasil jualannya. Ingatkan mula-mula dulu letak di kedai terus dapat cash. Rupanya bukan macam tu konsepnya. Haha. Masa tu muda lagi. Konsep langgar dahulu belajar kemudian. Sikit-sikit kumpul ilmu perniagaan,” tambah Shazarul.

Tambah ilmu dan confidence di IMKK

Pada tahun 2018, kakak Shazarul telah mengajak beliau menyertai program Richworks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Pada mulanya niat beliau sekadar hendak menemani tapi dapat kesan besar apabila IMKK berjaya buang semua perasaan negatif dalam diri dan antara point penting yang beliau dapat adalah menjaga hubungan dengan Pencipta dan mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Berkat belajar, Eng’s Popcorn mula masuk dunia online dan membuka ejen dan stokis pada awal tahun 2019. Awalnya memang tidak tahu tentang konsep agen dan stokis tetapi bila ada sistem ini, barulah pasaran Eng’s Popcorn dapat mengembang dengan lebih besar.

Dari sistem agen stokis ini Shazarul belajar cara untuk membantu orang ramai untuk sama-sama berkongsi rezeki. Berasal daripada keluarga yang sederhana, beliau berasa bertanggungjawab untuk melonjak taraf ekonomi serta membela nasib keluarga dan anak bangsa di sekeliling beliau.

Pop 1

pop 3

Pada tahun 2020, jualan Eng’s Popcorn berjaya mencapai RM8 Juta! Bukan itu saja pada usia yang sangat muda beliau berjaya berkongsi rezeki dengan lebih 50 orang staf dan yang paling membanggakan, beliau berjaya buka sebuah kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor.

Begitulah kisah kejayaan Shazarul, pengasas Eng’s Popcorn. Apa yang boleh dipelajari daripada perjalanan jenama Eng’s Popcorn ini adalah jangan malu dan segan dalam memulakan bisnes. Kena usaha dan produk yang kita usahakan, kita juga boleh berjaya seperti Eng’s Popcorn. Semoga bermanfaat. Buat anda yang berminat untuk cuba produk Eng’s Popcorn, boleh klik di sini.

Ini beberapa kisah inspirasi bisnes lain yang anda boleh baca. Klik pada pautan di bawah.

Pernah Menjadi Bahan Tawa, Jeff Bezos Buktikan Pelan Ke Angkasa Bukan Sekadar Sembang Kosong

Bermula Dari Belakang Rumah Hingga Miliki 3 Buah Kilang, Lelaki Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula