Pernahkah anda mengalami kejadian seperti dipanggil-panggil atau digoda ketika sedang berada di jalan? Perbuatan tersebut dikenali sebagai cat-calling bukan bermaksud panggilan kucing tetapi ia merupakan salah satu bentuk street harassment iaitu gangguan seksual yang dilakukan di tempat awam yang selama ini dianggap satu kebiasaan.

Mulai dari meminta anda melihat ke arah mereka, meminta anda tersenyum untuk mereka, bertanya hendak kemana, atau apakah anda ingin ditemani, meminta berkenalan, dan lain lain. Barangkali gangguan sebegini pernah dialami oleh semua perempuan tetapi ia tidak bermakna lelaki terkecuali daripada menjadi mangsa ‘cat-calling’ ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, melalui satu tweet oleh pemuda ini di akaun media sosialnya @HudzaifahAziz berkongsi pengalamannya menjadi mangsa cat-calling. Beliau yang sedang berjogging di sebuah taman telah dikejar oleh beberapa wanita yang melakukan senaman zumba di kawasan tersebut.

Malah, beberapa wanita tersebut juga telah merakam video beliau yang sedang berlari. Jika sebelum ini wanita yang sering diganggu, ini pula sebaliknya. Perbuatan para wanita tersebut telah menimbulkan rasa kurang selesa dan kejadian ini mungkin kelihatan kelakar tetapi bukan bagi beliau. Situasi tersebut telah dirakam oleh rakan beliau yang turut serta bersenam bersama beliau.

Menurut beliau, ini bukan kali pertama kejadian sebegini menimpa beliau. Akan tetapi, beliau diamkan sahaja kerana takut sekiranya diluahkan nanti, akan digelakkan dan dilabel tidak kental jadi kesudahannya beliau hanya mendiamkan diri sahaja.

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa negara yang merasakan tindakan cat-calling ini termasuk perbuatan yang melanggar undang-undang dan pelakunya akan dijatuhi hukuman atau denda yang cukup tinggi. Antara negara tersebut ialah Belgium, Portugal, Argentina, Kanada, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kesal melihat perbuatan sedemikian yang seharusnya tidak dilakukan oleh para wanita ini dan berharap beliau berada dalam keadaan baik.

https://twitter.com/chizubunny/status/1173618915840147457

https://twitter.com/aaddleenaa/status/1173560137983807488

https://twitter.com/sinniestsinner/status/1173547197507325953

Justeru, peranan masyarakat untuk bertindak menyedarkan para pelaku cat-calling ini sangat diperlukan supaya semakin ramai orang yang sedar bahawa sikap sedemikian sangat tidak sopan dan membawa kepada trauma dan sebagainya.

Lihat bagaimana seriusnya kes gangguan seksual ini sehingga Pegawai Kementerian Kewangan Jepun letak jawatan. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Pegawai Kementerian Kewangan Jepun Letak Jawatan Akibat Skandal Gangguan Seksual

Dorong Perbuatan Tak Senonoh, Pawagam Sediakan Katil Diarah Tutup

Sementara Kita Kurang Ambil Perhatian, Lelaki Ini Dedahkan Bahaya Pedophilia Kepada Masyarakat

Sumber