Pernahkah anda mengalami kejadian seperti dipanggil-panggil atau digoda ketika sedang berada di jalan? Perbuatan tersebut dikenali sebagai cat-calling bukan bermaksud panggilan kucing tetapi ia merupakan salah satu bentuk street harassment iaitu gangguan seksual yang dilakukan di tempat awam yang selama ini dianggap satu kebiasaan.
Mulai dari meminta anda melihat ke arah mereka, meminta anda tersenyum untuk mereka, bertanya hendak kemana, atau apakah anda ingin ditemani, meminta berkenalan, dan lain lain. Barangkali gangguan sebegini pernah dialami oleh semua perempuan tetapi ia tidak bermakna lelaki terkecuali daripada menjadi mangsa ‘cat-calling’ ini.
Terbaharu, melalui satu tweet oleh pemuda ini di akaun media sosialnya @HudzaifahAziz berkongsi pengalamannya menjadi mangsa cat-calling. Beliau yang sedang berjogging di sebuah taman telah dikejar oleh beberapa wanita yang melakukan senaman zumba di kawasan tersebut.
I was catcalled & even chased by a group of Zumba aunties and kakaks. They even took a video of me running. Might looked fun but imagine if the situation was reversed, it would be outright sexual harassment. #StoryOfMyLife 🙂 pic.twitter.com/dnBAVVtIRD
— 🏴 جاى (@HudzaifahAziz) September 16, 2019
Malah, beberapa wanita tersebut juga telah merakam video beliau yang sedang berlari. Jika sebelum ini wanita yang sering diganggu, ini pula sebaliknya. Perbuatan para wanita tersebut telah menimbulkan rasa kurang selesa dan kejadian ini mungkin kelihatan kelakar tetapi bukan bagi beliau. Situasi tersebut telah dirakam oleh rakan beliau yang turut serta bersenam bersama beliau.
This video was recorded by @itshakimishraf who ran with me this morning. Maybe it’s my fault, I should cover up if I don’t want to be harassed. We can’t be expected to lower our gaze if the temptation is there. Kaaannnn 😉. Okay la lepas ni aku lari pakai purdah dan jubah ya ☺️ pic.twitter.com/0WwA3d6dYl
— 🏴 جاى (@HudzaifahAziz) September 16, 2019
Menurut beliau, ini bukan kali pertama kejadian sebegini menimpa beliau. Akan tetapi, beliau diamkan sahaja kerana takut sekiranya diluahkan nanti, akan digelakkan dan dilabel tidak kental jadi kesudahannya beliau hanya mendiamkan diri sahaja.
Tbh aku dah kena benda macam ni since sekolah rendah lagi from both genders. Makcik pakcik abang kakak. And I’ve decided to keep quiet je sebab
1) saya seorang lelaki.
2) kalau bagitau nanti kena gelak je so baik tak payah.
3) di cop sebagai tak se🍆.— 🏴 جاى (@HudzaifahAziz) September 16, 2019
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa negara yang merasakan tindakan cat-calling ini termasuk perbuatan yang melanggar undang-undang dan pelakunya akan dijatuhi hukuman atau denda yang cukup tinggi. Antara negara tersebut ialah Belgium, Portugal, Argentina, Kanada, New Zealand dan Amerika Syarikat.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kesal melihat perbuatan sedemikian yang seharusnya tidak dilakukan oleh para wanita ini dan berharap beliau berada dalam keadaan baik.
Makciks are thirsty 👀
Srsly old ladies harassing younger male/female are just as disgusting as old men do. Whoever disagree hmm check your brain pls. If you have one.
— ⓝⓐⓢⓐ (@_naddddzirah) September 16, 2019
https://twitter.com/chizubunny/status/1173618915840147457
https://twitter.com/aaddleenaa/status/1173560137983807488
https://twitter.com/sinniestsinner/status/1173547197507325953
Justeru, peranan masyarakat untuk bertindak menyedarkan para pelaku cat-calling ini sangat diperlukan supaya semakin ramai orang yang sedar bahawa sikap sedemikian sangat tidak sopan dan membawa kepada trauma dan sebagainya.
Lihat bagaimana seriusnya kes gangguan seksual ini sehingga Pegawai Kementerian Kewangan Jepun letak jawatan. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Pegawai Kementerian Kewangan Jepun Letak Jawatan Akibat Skandal Gangguan Seksual
Dorong Perbuatan Tak Senonoh, Pawagam Sediakan Katil Diarah Tutup
Sementara Kita Kurang Ambil Perhatian, Lelaki Ini Dedahkan Bahaya Pedophilia Kepada Masyarakat