Aku sebenarnya bekerja dengan syarikat buku ni ada banyak tujuan. Salah satunya untuk aku tengok gaya pemasarannya. Salah duanya (lepas satu, dua kan? Haha) adalah untuk aku tahu buku apa yang hot.

photo_1_1-1024×683
HYPE
Mengapa Bandar Bukit Raja Lokasi Hartanah Terbaik Untuk Anda Labur
Baca lagi →

Okay, ini yang aku nampaklah macam mana syarikat buku x boleh buat sales puluh ribu di negeri Johor sahaja dalam masa 4 hari.

Pertama, timing. Jujur aku tak tahu bagaimana strategi mereka (sebab aku masuk kerja pun dah lepas raya), tapi projek raya ni memang pada masa yang sangat tepat. Aku ceritakan kenapa.

Sekarang, ibubapa duit dah banyak habis. Balik kampung, bagi duit raya, beli langsir sofa baru semua. Siapa yang banyak duit? Pandai. Budak-budaklah. Duit raya beratus.

Jadi kuasa membeli ada pada siapa sekarang? Ya, tepat sekali. Budak.

Kedua, tempat.

Sekarang dah tahu kuasa membeli ada pada siapa. Dan syarikat buku x juga mempunyai produk fokus kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Jadi apa yang mereka lakukan?

Mereka buka tapak pameran di tempat yang ramai budak. Dekat mana tempat yang ramai budak? Ya, pandai. Sekolah.

Ketiga, pemasaran. Walaupun duit budak ni banyak, tapi tak mungkin lah setiap hari mereka akan bawak RM50 ke sekolah melainkan mereka punyai tujuan yang jelas.

Jadi bagaimana nak buat?

Sehari sebelum booth jualan dibuka, fliers atau borang senarai buku yang dijual beserta harga diedarkan kepada semua pelajar sekolah tersebut.

Simple. Semuanya perkara asas. Jadi bagaimana untuk mengimplementasikan dalam perniagaan aiskrim?

Okay begini.

1. Aiskrim adalah makanan kesukaan budak-budak. Jadi apa yang patut kita buat? Ya, jadikan produk kita fun. Ada beribu cara nak produk kita fun dan lain daripada aiskrim yang biasa-biasa kita jual. Contohnya?

– Kartun. Lukis gambar kartun pada cawan aiskrim.

– Nama aiskrim. Boboiboy ada tujuh kuasa. Dan kita juga boleh hasilkan tujuh aiskrim meminjam tema Boboiboy.

Budak-budak peduli tak aiskrim tu sihat atau tidak? Ringkasnya, tidak. Tetapi tentu sekali tidak salah untuk kita menghasilkan produk yang sihat, tetapi kita harus menunaikan permintaan dan keperluan pelanggan kita.

2. Tempat. Untuk dapatkan persetujuan pihak sekolah mungkin tidak mudah. Tetapi ianya menjadi mudah jika kita dapat menawarkan sesuatu kepada sekolah. Aiskrim percuma untuk para penerima RMT mungkin? Atau mungkin kad keahlian untuk semua pelajar sekolah.

3. Marketing. Dahulu masa sekolah mesti ada orang pernah datang untuk jual susu segar. Sehari sebelum itu mereka edarkan borang lengkap dengan senarai susu berperisa, harga dan kolum untuk ditanda.

Mudah, itu sahaja yang anda perlukan. Dan sekeping kertas ajaib itu berupaya meningkatkan jualan sebanyak tujuh (7) kali ganda. Percayalah, aku mengalaminya ketika proses menjual buku ini.

Nak tambah gaya Dominos?

Perasan tak di setiap kotak pizza Dominos ada kupon. Kupon yang sentiasa membuatkan kita rugi kalau tak gunakan.

Lepas budak tu beli aiskrim, bagi kupon yang membuatkan mak ayahnya pula datang ke kedai aiskrim kita. Dari sekolah kita bawa mereka ke premis perniagaan kita. Tukar pelanggan jadi tribe perniagaan kita.

Di kedai, kuasa membelinya pada ibu ayah, bukan lagi pada anak-anak. Maka apa yang perlu kita buat? Ya, kita puaskan hati ibu dan ayah pula. Simple. Tulis memang mudah kan, buat tengok. Lol.

Tetapi nadi dan kitarannya begitulah.

Aslam,
Puisi kejap lagi keluar.

Artikel di atas disumbangkan oleh Amirul Aslam. Mahasiswa. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group