Ketika ini, sesebuah replika Batmobile bukan lagi sesuatu yang luar biasa bagi sesetengah orang. Tetapi, jika replika tersebut boleh digunakan di atas jalan raya awam tanpa disaman pihak berkuasa, ia memang sesuatu yang menarik.

Zac Mihajlovic dari Australia merupakan seorang peminat Batman yang telah mencapai tahap next-level. Pemuda berusia 29 tahun ini telah membina sendiri Batmobile versi tahun 1989 dengan bantuan datuk dan seorang kawannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia telah menghabiskan masa selama dua tahun untuk menyiapkan Batmobile ini dan sesetengah bahagiannya dibeli dari replika asal yang digunakan di dalam filem tersebut.

Pelbagai pengalaman telah dilalui Zac sepanjang memiliki Batmobile ini dan sebagaimana idolanya itu, dia juga menggunakan Batmobile yang dimiliki untuk tujuan kebaikan.

Lagi cerita tentang Batmobile Zac ada dalam video di bawah!

Like page The Vocket di Facebook dan kongsikan entri ini dengan kawan anda terutamanya yang meminati Batman!

Sumber: Barcroft Cars