Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama NHET TV cukup terkenal di Vietnam kerana mereka terdiri daripada sekumpulan anak muda yang kreatif dalam membuat replika kenderaan-kenderaan mewah. Kereta replika terbaru yang mereka berjaya buat ialah sebuah Ferrari 488 dengan kos RM4,118.

Terbaru, kedua-dua anak muda ini telah membawa keluar kereta replika yang dikuasakan dengan enjin pam air menuju ke sebuah perkampungan untuk menjual buah-buah tembikai.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Ternyata kehadiran mereka telah menarik perhatian penduduk kampung setempat dan mengambil peluang untuk melihat kereta tersebut dengan lebih dekat lagi.

Pemuda-pemuda ini bukan sahaja memudahkan penduduk kampung mendapatkan tembikai yang bersaiz besar, bahkan turut berkongsi kegembiraan yang jelas nampak pada wajah penduduk kampung apabila melihat kenderaan seperti begitu rupa masuk ke kawasan mereka.

vocket-pandu-ferrari-jual-buah-tembikai-3

Sumber Gambar: YouTube NHẾT TV

vocket-pandu-ferrari-jual-buah-tembikai-2

Sumber Gambar: YouTube NHẾT TV

vocket-pandu-ferrari-jual-buah-tembikai-1

Sumber Gambar: YouTube NHẾT TV

vocket-pandu-ferrari-jual-buah-tembikai-4

Sumber Gambar: YouTube NHẾT TV

vocket-pandu-ferrari-jual-buah-tembikai-5

Sumber Gambar: YouTube NHẾT TV

Video ini telah mendapat lebih 500,000 ribu tontonan dan 2,000 komen dari pengguna YouTube di serata dunia. Rata-rata mereka berbangga dengan apa yang kedua-dua pemuda itu buat untuk penduduk kampung tempatan tersebut.

Sehingga hari ini, saluran YouTube NHET TV  telah mencecah 790,000 subsribers dari seluruh dunia. Anda boleh tonton proses pembuatan replika Ferrari tersebut yang cukup teliti di sini.

Pada bulan lalu, satu dunia kagum melihat kereta replika Ferrari yang hanya menggunakan enjin pam air yang dibeli daripada petani tempatan. 

Guna Enjin Pam Air, Anak Muda Ini Bina Replika Ferrari Dengan Kos RM4,118 Sahaja

Dua Beradik Ini Hasilkan Model Replika Y15ZR Beserta Bengkel Menggunakan Kotak Terpakai

Geram Dengan Kesesakan Lalu Lintas, Lelaki Ini Cipta Helikopter Buatan Sendiri

Anda Mungkin Suka