Pemuda PAS memberi amaran agar semua konsert yang membabitkan artis antarabangsa dibatalkan atau bersiap sedialah untuk hadapi bantahan yang lebih besar. Ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan membatalkan acara seperti itu kerana katanya ia menggalakkan hedonisme dan tidak sesuai dengan norma dan nilai kehidupan umat Islam di Malaysia.

“Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), saya sangat mengharapkan agar kerajaan melalui menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung. Masa yang tidak sesuai, nilai yang dibawa tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai agama persekutuan.

“Pihak kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika ia tidak diendahkan. NGO-NGO dan tenaga perseorangan yang prihatin dengan isu ini kita seru untuk bangkit bersama, jangan dibiarkan budaya hedonisme menular dan menjalar ke dalam masyarakat. Mohon gerakkan usaha bantahan ini agar ia sampai ke Seri Perdana Putrajaya,” katanya seperti yang ditulis di Facebook.

Fadhli, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, membuat gesaan yang sama pada Jumaat lalu, apabila dia memberi amaran terhadap penganjuran konsert secara berterusan dan menyeru umat Islam untuk menentang acara sedemikian, yang menurutnya hanya akan mengundang “kemurkaan Allah”.

Untuk rekod, parti PAS yang menggunakan agama untuk kelangsungan hidup politik mereka pernah mengecam konsert yang diadakan di negara ini oleh pelbagai penyanyi antarabangsa. Pada 2016, ia telah meminta konsert Selena Gomez diharamkan, mendakwa ia mempromosikan “budaya Barat dan hedonisme”.

Haramkan panggunh wayang di Kelantan, pemuda PAS terpaksa tonton mat kilau di KL. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Haramkan Panggung Wayang Di Kelantan, Pemuda PAS Terpaksa Tonton Mat Kilau Di KL