Seorang lelaki, Bussa Krishna Raju yang berasal dari India meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Oktober lalu. Dia turut mengalami tekanan perasaan apabila mengetahui bahawa idolanya, Presiden Donald Trump, telah dilaporkan positif dengan wabak COVID-19.

Dia yang berusia 33 tahun semasa hayatnya mengabdikan diri dengan Trump. Sebelum meninggal dunia, dia dilaporkan giat berpuasa dan berdoa untuk kesembuhan idolanya.

Dalam video emosional yang disiarkan ke Facebook minggu lalu, Krishna menyatakan kekagumannya terhadap Trump sambil menangis.

trump-shrine-16

“Dia tertekan dan tidak mempunyai selera makan setelah mendengar Trump mengidap virus itu,” kata sepupunya B Vivek, 25. Vivek mengatakan bahawa walaupun sepupunya tidak lulus sekolah, Krishna tidak pernah terlepas berita terkini mengenai politik dunia.

“Dia tidak mengalami komplikasi perubatan sebelum ini, tetapi kesihatannya merosot ketika dia mengetahui bahawa Trump dimasukkan ke hospital,” lanjut Vivek.

Tahun lalu, Krishna mendapat perhatian media antarabangsa apabila mendirikan patung Trump setinggi 1.8 meter bagi meraikan ulang tahun Presiden AS ke-73. Patung bernilai 200,000 rupee (RM11,000) itu sering dimandikan dengan susu lembu.

Apa yang berlaku?

Bussa Krishna Raju, yang mengubah namanya menjadi Trump Kriss sebagai penghormatan kepada idolanya, telah berpuasa selepas mengetahui Trump dijangkiti COVID-19.

trump-shrine-14-750×430-1-700×401

Kemudian, selepas mengetahui Donald Trump berada dalam keadaan baik, dia berbuka puasa Sabtu lalu. Namun pada keesokan harinya dia jatuh semasa minum petang.

Desa Konne dari Jangaon, Telangana selatan, telah meratapi kematiannya, “Kematian Trump Kriss adalah berita di daerah ini,” kata wartawan tempatan Veera Gaud kepada Arab News. “Dia biasa menyembah Trump dan, karena taat setia kepada pemimpin AS, dia mengubah namanya menjadi Trump Kriss dari Bussa Krishna Raju.”

Untuk rekod, Raju berusia 33 tahun ketika dia meninggal dunia. Ahli keluarganya mengatakan bahawa hasil pemeriksaan doktor, Krishna meninggal dunia akibat serangan jantung.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lelaki Dari India Cerita Pengalaman Terima ‘Wahyu’ Untuk Sembah Donald Trump

Anda Mungkin Suka