Kecewa melihat lambakan buku-buku elok dibuang begitu sahaja, Jose Alberto, seorang pemugut sampah di daerah Bogota, Colombia nekad untuk mengutip semula dan membuka perpustakan percuma khas untuk golongan miskin melalui hasil daripada kutipan tersebut. Idea ini pada asalnya datang secara spontan sahaja, waktu itu secara kebetulan beliau menjumpai senaskah novel Leo Tolstoy ditempat sampah. Maka di sinilah ia bermula.

Kami tertarik dengan usaha yang dilakukan oleh beliau. Buat pengetahuan anda, Jose Alberto bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, beliau hanya sempat menampatkan zaman persekolahan di sekolah rendah sahaja. Tidak lebih daripada itu. Tetapi, kesedaran beliau tentang pentingnya didikan membaca untuk ilmu mendorong beliau membantu orang lain, terutama golongan miskin dan susah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BOGOTA

Sepanjang 20 tahun mengumpul buku terbuang, kini Jose Alberto berjaya mengumpul lebih daripada 20 ribu buku. Sesiapa sahaja boleh membacanya secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa pun. Beliau menamakan perpustakan ini dengan nama ‘Strenght Of Word’, terletak berdekatan rumahnya di daerah Bogota, Colombia.

Meskipun Bogota terkenal sebagai daerah miskin di Colombia, namun ia bukan penghalang untuk penduduk di sini tidak mendapat bahan bacaan yang berkualiti. Apa yang dilakukan oleh Alberto memang patut diberi pujian. Bukan itu saja, beliau turut menghantar sebahagian daripada buku ini ke daerah lain yang kurang bahan bacaan.

Kadang-kala, ada perkara yang tidak bernilai di mata kita tetapi sangat berharga di mata orang lain. Berapa banyak buku di rumah anda yang tidak di baca? Daripada dibiarkan berhabuk, lebih baik gunakan konsep ‘beri kepada orang yang memerlukan’. Semoga kisah ini memberi kita inspirasi untuk sama-sama membantu orang lain dengan memanfaatkan segala medium yang ada.

Sumber