Gaji asas bulanan untuk pekerja pembersihan atau pemungut sampah di peringkat permulaan bagi warga Singapura atau pemastautin tetap bakal dinaikan kepada S$3,260 (RM10,000) sebulan menjelang tahun 2028, di bawah model gaji progresif baharu bagi sektor itu, lapor CNA. Kenaikan ini berlaku selepas kerajaan Singapura menerima cadangan Tripartite Cluster for Waste Management (TCWM) untuk menaikkan model gaji bagi industri pengurusan sisa.

Cadangan ini bakal dimanfaatkan kepada 3,000 pekerja warga Singapura dan pemastautin tetap dalam sektor pengurusan sisa. Daripada jumlah tersebut, ia meliputi mereka yang bekerja di sektor kutipan sisa dan pemulihan bahan. Pekerja ini juga bakal mendapat manfaat lain seperti bonus tahunan dan kenaikan pangkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan adanya model baharu ini, gaji asas untuk pekerja kutipan sisa meningkat daripada S$2,210 pada Julai 2023. Selepas itu, jumlah itu akan meningkat sebanyak S$210 setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260. Peningkatan ini diterjemahkan kepada 48 peratus dalam tempoh enam tahun.

Selain itu, gaji kasar bagi pemandu di peringkat senior dalam sektor kutipan sisa juga bakal dinaikan daripada S$2,910 pada 2023 kepada S$3,960 menjelang 2028. Bercakap mengenai kenaikan gaji, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata bahawa kenaikan ini memberi peluang kepada pekerja bergaji rendah untuk mendapat tempat bersama-sama dengan pekerja di peringkat median.

Pandemik COVID-19 buat CEO bank untung besar, catat kenaikan gaji dan bonus berjuta. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pandemik COVID-19 Buat CEO Bank Untung Besar, Catat Kenaikan Gaji Dan Bonus Berjuta

Ini Adalah Bandar Dengan Gaji Minimum Tertinggi Di Dunia, Sebulan RM17,000

Potongan Gaji Sebanyak 2% Bakal Dikenakan Kepada Graduan Bergaji RM2,000