Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Fidget spinner direka untuk membantu seseorang yang mempunyai kebimbangan, autisme dan ADHD dengan memberikan pengalaman sensori yang menyenangkan buat pemainnya. Ia dipercayai mampu membuatkan pemainnya menjadi lebih fokus dan kreatif dan mengurangkan rasa keresahan.

anti penagih telefon pintar

Gambar: Leonhard Hilzensauer

Bagi penagih telefon pintar dan teknologi pula, rekaan terbaru dari Klemens Schillinger ini boleh menjadi ‘ubat’ buat seseorang yang ketagihan telefon pintar dan teknologi. Sepertimana fidget spinner, alat yang dinamakan Substitue Phones ini membuatkan pemainnya dapat mengalih perhatian daripada telefon pintar.

anti penagih telefon pintar

Gambar: Leonhard Hilzensauer

Substitute Phone membolehkan pemainnya meniru gerakan menatal (menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur), zum dan swipe.

Anda Mungkin Suka