Selepas lebih sebulan menyepi, semalam kita digemparkan dengan berita Caprice telah bernikah secara senyap-senyap dengan wanita pilihan hatinya, Farra Inalis. Hal ini telah menjadi persoalan ramai.

Terbaharu, Caprice dalam satu kenyataan di Instagram mengakui bahawa telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya. Menurutnya, bukanlah niatnya mahu berkahwin secara rahsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, dirinya tidak boleh menggunakan nama Caprice dan Instagramnya buat masa ini. Bukan itu sahaja, Caprice juga ingin memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa menjauhkan diri selama 40 hari daripada media sosial.

Malah, Caprice akan membuat penjelasan dalam masa terdekat berikutan apa yang berlaku terhadap dirinya selama tempoh berdiam diri itu. Sebelum ini, Caprice pernah beberapa kali kutuk rakyat Kelantan dan siapa sangka jodohnya berasal dari Kelantan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Caprice dan pasangan. Para netizen turut mendoakan agar Caprice dan pasangan sentiasa bahagia dan berharap hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kontroversi yang pernah dicetuskan Caprice pada pautan di bawah ini.

Naik Range Rover Di Padang Pasir Untuk Muzik Video, ‘Jihad’ Caprice Cetus Pertikaian Netizen

‘Tanah Ini Milik Kami’- Jawapan Influencer Israel Dalam Live Caprice Bikin Netizen Bengang

Reaksi Caprice Tentang Isu Solat Di Lorong Kecemasan Undang Pertikaian Netizen