Baru-baru ini, seorang peniaga wanita bernama Sharifah Nurul Hamirah Syed Mohd Hamzi menjadi bualan ramai apabila jualan nasi lemaknya laku ‘keras’ kerana penampilannya yang cantik dan sopan.

Walau bagaimanapun, menurut sumber, dia tidak menyangka jualannya mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai, malah ada yang sanggup datang dari Genting Highland dan Perak semata-mata mahu mencuba nasi lemak viral itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@_missmyaaa_

Alhamdulillah awal2 lagi nasi lemak 400 bungkus da abis 🤲🏻 mya mintak maaf yg mana x dpt rasa,esok ade lg mcm biasa 7.30pg-10.30#fyp#foryou#fypシ#foryoupage#trending#viral#tiktok

♬ original sound – alyah81 – alyah81official

Bukan itu sahaja, segelintir pelanggan yang tidak dapat membeli ke gerainya, mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menampung kos penghantaran dari Sentul ke Putrajaya, Cyberjaya, Klang, Shah Alam serta kawasan Lembah Klang lain.

Dalam pada itu, dia amat terharu dengan sambutan serta sokongan dari orang ramai terhadap jualannya, lebih-lebih lagi selepas video jualannya menjadi tular dipromosikan di laman TikTok.

@_missmyaaa_

2nd day meniaga ! Semoga dipermudahkan segala urusan n dimurahkan rezeki..Jgn lupa singgah ye korg☺️ #fyp#foryou#foryoupage#fypシ#fypシ゚viral#trending#viral#tiktok#akaknasilemak

♬ Sholawat Jibril Penarikan Rezeki – Sholawat Official

Sementara itu, ada suara negatif yang mengatakan jualannya laku kerana mempunyai wajah yang cantik. Mulut orang tidak dapat ditutup, itulah dugaan semasa berniaga.

“Bagi saya cantik itu bonus, apa yang penting niat saya berniaga mahu mencari rezeki halal untuk dua anak saya dan keluarga kerana besar tanggungjawab saya sebagai anak sulung,” ujarnya.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih atas sokongan orang ramai kerana daripada hanya 200 bungkus pada hari pertama berniaga, kini jumlah itu meningkat kepada 700 bungkus,” tambahnya lagi ketika ditemui di gerainya, semalam.

Dipercayai video promosi yang dimuat naik tular di TikTok baru-baru ini telah meraih perhatian sebanyak 1.2 juta tontonan.

Menurut ibu kepada dua anak itu, setiap hari dia akan bangun pukul 4 pagi untuk menyediakan bahan-bahan serta dibantu oleh adik-beradik dan ibu bapanya.

“Seperti mana kami mahu makan sedap, begitulah juga kami masak nasi lemak ini dengan penuh ikhlas dan kasih sayang menggunakan resipi keluarga.

Dia turut mengatakan niatnya menjual harga murah RM1.50 kerana untuk bersedekah. Walaupun harganya rendah, dia mengutamakan kualiti.

Bahkan, dia juga menyatakan jika mempunyai rezeki yang lebih, dia akan membuka kedai makan untuk memperluaskan lagi perniagaannya.

“Selain jual tepi jalan, saya juga menguruskan infak untuk mereka yang ingin berkongsi rezeki dengan gelandangan, pusat tahfiz, masjid, surau atau rumah anak yatim,” katanya.

Selain itu, Sharifah mengakui dia sering menjadi tumpuan kerana personalitinya yang sopan dan kemesraannya melayan pelanggan yang singgah ke kedai.

“Setiap hari saya akan menggayakan pakaian tradisional supaya sedap mata orang memandang.

“Saya tak nafikan ada soalan nakal atau pelawaan berkahwin kerana ramai mengetahui status ibu tunggal saya, namun saya tetap menjaga batas dan menetapkan niat hanya untuk mencari rezeki.

Jelasnya, dia benarkan pelanggan lekaki untuk bergambar dengannya, namun harus menjaga batas. Biasanya kalau yang sudah beristeri, dia akan menolak dengan baik kerana takut tindakan itu boleh dapat masalah dalam perniagaannya.