Sudah lama tidak mendengar khabar bintang lagenda bela diri Jet Li yang terkenal melalui filem ‘Shaolin Temple’ dan ‘Once Upon A Time In China’. Baru-baru ini tular gambar beliau hasil perkongsian salah seorang peminatnya ketika beliau melawat ke sebuah kuil di Tibet yang menunjukkan keadaan beliau yang amat mengejutkan.

jett

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah peminat yang sempat bertemu beliau di lokasi yang sama, beliau memerlukan bantuan untuk berjalan.

Pada tahun 2017 yang lalu, Jet Li tampil membuat penjelasan mengenai kehilangan beliau dari industri seni. Dalam kenyataan tersebut, beliau mengesahkan bahawa beliau mengalami Hyperthyroidism.

Hyperthyroidism terjadi apabila terlebih hormon thyroid dalam badan pesakit. Hal ini menyebabkan metabolisma menjadi tinggi, kadar denyutan jantung meningkat, tubuh menjadi kurus, mudah berpeluh dan banyak lagi.

jet li

Menurut beliau selain mengamalkan perubatan moden dari doktor bertauliah, beliau turut mengamalkan meditasi dan membaca kitab agama Buddha untuk membantu menstabilkan keadaannya. Diharapkan agar beliau terus kuat melawan penyakit tersebut dan boleh kembali sihat seperti sedia kala.