Kemana anda mahu bercuti lepas raya ni? Bagi yang tak dapat balik kampung dan inginkan kelainan, Penang Escape Theme Park mungkin boleh menjadi destinasi pilihan anda.

Apa yang membezakan Penang Escape Theme Park dengan taman tema yang lain adalah aktiviti yang ditawarkan di taman tema ini iaitu aktiviti lasak yang dekat dengan alam semulajadi.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

penang-escape-theme-park-18Kredit gambar: Popping Over

Jika anda ingin rasakan kembali keseronokan zaman kanak-kanak, inilah tempatnya.

Namun begitu aktiviti yang ditawarkan di sini tidak hanya terhad kepada golongan dewasa, tapi juga kanak-kanak dan warga emas. Pendek kata ia sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga.

Jom lihat apa yang ada di sini.

The Monkey Business sedang beraksi – Aktiviti ini membolehkan anda belajar memanjat pokok, mengimbangi badan dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri. Terdapat 3 peringkat yang perlu dilalui dan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Aktiviti ini juga sesuai untuk syarikat yang ingin menganjurkan ‘team building’.

penang-escape-theme-park-1 Kredit gambar: Anggun3.com

penang-escape-theme-park-3 Kredit gambar: Anggun3.com

penang-escape-theme-park-4Kredit gambar: Ruggedmom.com

Flying Fox pun ada. Terpulang berapa kali anda mahu buat asalkan sanggup panjat pokok setinggi 15 meter sebelum boleh mula terbang seperti ini.

penang-escape-theme-park-8Kredit gambar: Travel2Malaysia

penang-escape-theme-park-5Kredit gambar: Ruggedmom.com

Ini pula bukan bungy jump, tapi Atan’s Leaps.

penang-escape-theme-park-19Kredit gambar: Groupon

Cukup untuk buat anda rasa berdebar sewaktu terjun. Ok, berapa round nak buat yang ini?

penang-escape-theme-park-6Kredit gambar: Wong Chee Tang

Gecko Tower – aktiviti memanjat dinding bangunan. Cepat atau lambat sampai ke atas bergantung kepada skill dan tenaga anda. Yang penting anda tetap rasa selamat sebab ada tali diikat di pinggang. Panjat, jangan tak panjat.

penang-escape-theme-park-7Kredit gambar: Travel2Malaysia

Discovery Pig – ia umpama membawa anda kembali ke zaman melombong bijih timah satu ketika dulu. Cari harta yang tersembunyi sambil berseronok.

penang-escape-theme-park-10Kredit gambar: Penang Discovery

penang-escape-theme-park-14Kredit gambar: Awesome Penang

Ini pula antara aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak.

penang-escape-theme-park-9Kredit gambar: Travel2Malaysia

penang-escape-theme-park-11Kredit gambar: Penang Discovery

penang-escape-theme-park-12Kredit gambar: Ruggedmom.com

penang-escape-theme-park-13Kredit gambar: Penang.ws

Tubby Racer – Masa untuk orang dewasa naik gelunsur dan meluncur laju ke bawah. Boleh juga naik dengan anak-anak anda atau lekatkan beberapa tube untuk jadikan panjang macam keretapi dan meluncur bersama. Weeehooo!

penang-escape-theme-park-16Kredit gambar: Penang.ws

penang-escape-theme-park-17Kredit gambar: Travel Fish

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang ditawarkan di sini. Anda boleh rujuk pada peta dan senarai aktiviti pada gambar di bawah.

penang-escape-theme-park-2

Penang Escape Theme Park dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Alamat:
828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

Tiket masuk :
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah – Percuma
4 ke 12 tahun – RM50
13 – 60 tahun – RM60
60 tahun ke atas – Percuma

Tempahan juga boleh dibuat secara online di Escape.my

BACA: Hotel Unik Berwarna Warni ‘Masbro Village’ Di Melaka Buat Kami Tertawan

BACA juga: 10 Taman Tema Menarik Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka